Pages

Monday, August 15, 2011

7 month mengecapi saat indah bersama Hakimi

14 August 2011 - genap Hakimi dah 7 bulan.. seronok nya tgk perkembangan diri hakimi.. dari tidor jer sepanjang hari sampai lah diusia 7 bulan ni dah pandai enjakkan badan ke depan.... kalau letak laptop, pinggan, laju je meluru nak dapatkan.. hihi.. berusaha btul si kecik mama nih... macam geram sangat kat pinggan ngan laptop..sekarang Hakimi dah start blaja2 angkat montot tecik tomey tu.. huhu.. nak merangkak dah kut anak mama nih...pastu skang dah merap sgt2.. nak berdokong jer....

sebut pasal pinggan, nak jugak jot pasal Hakimi n Solid food.. humm, dah sebulan Hakimi makan dengan jayanya.. wahh, naper jaya nya?? sbb Hakimi mmg gemar makan.. stakat hari ni, hakimi dah makan bubur nasi yang dicampurkan dengan carrot. mmg aku nak kenalkan satu satu makanan kat dia supaya dia tak confuse. so far antara makanan yang dah aku kenal kan kat Hakimi:-
1. Bubur Nasi Kosong
2. Bubur Nasi + Carrot
3. Bubur Nasi + Brocolli
4. Bubur nasi + Cauliflower <--- ni Hakimi tak suke.. bila makan jer die sembur...
5. Bubur Nasi + Bayam <-- Aku rasa hakimi tak sesuai.3 hari makan bayam, badan dia naik rashes.

Buah yang aku dah kenalkan kat hakimi :-
1. Kurma
2. Apple
3. Pisang

mmg penerimaan Hakimi terhadap makanan sgt OKEY.. great my dear son.. pandai anak mama nih.. badan pon aku tgk makin mantap... papa plak geram nak gigit.. bleh satu hari tu dia geget nyer si Hakimi nih....hihi abg.. abg...

huhu, tetapi aku jadi kurang gembira plak bila time medical checkup, berat hakimi cuma naik 100g jer...!! macam tak betul pon ade aku rase.. isk.. last month 6.9kg this month 7kg.. biar betul kan.. tapi dah lenguh tgn aku kalau dukung dia.. dok dalam ring sling pon dah rasa hantap... tapi naik 100 gram jer? humm is it normal?? bila tgk kat graph dalam application kat android ni nampak graf dia macam menurun... aku makin risau..??

since aku lepas bersalin, aku tak penah naik weight scale.. huhu.. kat umah takde, so aku wat tatau jer berapa berat aku yang dah turun.. last sekali aku timbang the day before aku melahirkan, berat aku adalah 68kg ok.. huhuhu.. berat yang membuatkan aku tak larat jalan... huhuh.. semalam kat family store, aku terjumpe weight scale.. apa lagi, masuk 2 kupang, treenggg.. kuar la berat aku 53.4kg.. huk.. \

53kg? berat masa aku kawen 52kg(tak makan nasi berbulan lamanya).. berat masa aku memula tau aku pregnant 56kg.. tapi still aku tak puas hati dgn berat tu walaupon jeans2 lama aku dah loose.. cuma satu jer jeans yang dah lama aku tak pakai (sbb ketat dulunya) yang aku sedap pakai skang ni.. tapi berat idaman aku 45kg.. aku tatau la aku leh ker tak capai berat tu..aku nak kurus.. nak kuruss...

walaucamana pon aku tetap bersyukur, ada la jugak pengurangan berat badan aku.. camner aku leh turun??? aku tak amalkan diet pon.. apa yang aku wat,

pertamanya, masa dalam pantang, aku betul2 pantang kecuali aku tak suke pakai stokin. makan mmg aku pantang betul.. nasik mmg sikit jer aku makan.

keduanya, Idam mmg ikatkan bengkung kat aku seketat2 yang mungkin.. sampai dekat2 nak abis pantang, aku dah tak leh pakai bengkung tu lagi sbb dah loose..

ketiga, malam2 masa aku dalam pantang, aku pakai Premium Beautiful.. aku bukan nak promote, tapi PB mmg banyak bantu aku kurangkan berat badan.

dan lastly, aku rasa yang faktor paling utama adalah aku salah seorang ibu yang hardcore breastfeeding supporter..betul cakap org, aku dah berjaya kembalikan berat badan aku dr berat aku range 55-56kg(ms zaman bujang) ke sekarang.. walaupon aku still rasa its still not enough tapi, aku yakin aku boleh kurangkan lagi..

kepada sesape yang baca blog aku ni, kalau korang berkemampuan utk menyusukan anak dengan susu ibu, menyusukan lah.. selain dari termaktub dalam Al-Quran, bonding antara anak sgt rapat, dan dapat jugak mengembalikan bentuk badan asal si ibu.


Moment yang paling aku bahagia ketika menyusukan Hakimi adalah sebuah perasaan dari naluri seorang ibu yang tidak tergambar dengan kata-kata.. pandangan mata Hakimi sewaktu menyusukan, senyuman kekenyangan Hakimi sangat menyentuh hati aku.. sesungguhnya aku sgt bahagia dikurniakan Allah seorang cahayamata bernama Izni Aisy Hakimi b. Izamuddin dan aku bangga kerana berjaya menyusukan Hakimi secara Exclusive selama 6 bulan.. dan insyaAllah, akan diteruskan ke 2 tahun untuk penyempurnakan penyusuan kepada Hakimi.. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan niat baik aku nan satu nih.. Aminn..

<**aku akan up gmbar hakimi, dalam next entry**>

2 comments:

  1. love this entry!!!
    selamat meneruskan legasi penyusuan susu ibu!!!

    ReplyDelete
  2. Waida dearie..thanks..mmg berusaha utk menempurnakan penyusuan hakimi..doa k.ita smoga Allah memudahkan urusan ini...sesungguhnya masih byk ilmu yg perlu didalami...

    ReplyDelete