Pages

Wednesday, November 23, 2011

Review yang TAK BEST semasa sessi memanjakan diri di SPA (Bought it From Mydeal)

Last Monday, aku sampai dari Pantai Remis, arround 11pm.. so pagi tu, aku dah tak daya nak gi opis.. so, i’d took EL for that day... then, aku decide nak gi redeem my spa voucher yang aku beli ngan Mydeal tu hari....

Aku sampai kat situ arround kul 10.50am.. kedai tu lum bukak lagi, memandangkan aku nak mengharungi sessi memanjakan diri selama 3 jam, aku decide utk makan sensowang kat sebuah Restoran Mamak. Beauty House ni betul2 atas restoran ni..

Tepat kul 11, aku pon, terus naik utk memulakan sessi....

First review aku, alahaii, nape la diorang ni tak bukak aircond.. panas seyy...tak pe lagi, aku rilek jer.. then, diorang call utk buat 1st session which is Bubble Milk Bath. Aku dikehendaki salin baju.. ha, dia ade bagi disposable panty utk kita pakai semasa berendam dalam Jacuzzi tu.. huhuhu.. sejuk jer rasa, aku pon tatau ape campuran dalam air tu.. beautician tu cakap mandi susu.. ade susu la kot..time ni dah sejuk dah..:-)

Selepas bubble milk bath, aku dijemput utk buat facial plak. Golden facial ke ape ntah.. so, masa facial ni ok la, diorang ni banyak guna produk shadira. Nasib baik kulit muka aku ni leh terima.. ni la masalah org kulit sensitip nih.. risau jer kalau nak tenyeh macam2 produk nih..kat bilik facial ni yang aku tak gemar sbbnya, ada 2 katil, so, macam tak private.. aircond dia time ni sejuk, aku suka...

Masa beautician ni duk urut2 shoulder, terperasan 1, macam terkena2 kuku die.kuku panjang kot.. Ohh, sakit betul.. tapi, aku senyaapp jer...masa dia urut muka tu, okey la...aku leh menghayati jugak, sampai la this girl scrubkan muka aku..dushh.. sakit siot, macam nak tersiat2 kulit muka aku..rasa macam nak suruh dia wat slow2 sket, tapi, mulut aku ni tak plak tertegur dia.. aku hadap jer la..

Masa dia picit utk buang white head n black head.. masa ni mmg aku sgt tak tahan... aku ni bukan la tak penah gi facial langsung.. tapi, takde la aku rasa sakit macam ni..sedih aku.. aku mmg tak sabar nak habiskan sessi ni.. sbb sakit sgt... lepas picit jerawat ni, dia wat eye treatment n pakaikan aku golden mask.. yang part ni mmg best.. sedappp jer muka.. sbb dah sakit sgt, then di salut ngan golden mask yang sejuk.. sedapp jer rasa...then, tetiba, org sebelah suh slowkan aircond.. dush, dari aku dah rilek2, then, aku jadi panas, n aku dah tak selesa,.. dan aku dah start sakit kepala....!! time ni aku rasa stress.. dtg memanjakan diri utk mengurangkan stress, tapi aku jadi STRESS plak.. aduhai..

Lama jugak aku meresahkan diri dalam keadaan panas tu, bila that girl dtg utk bukakkan mask tu, aku dah rasa lega sket, sbb aku duk bajet dah nak abis.. dan rupa2 nya, ada sessi ginger oil back massage.. dengan harapan, stress aku akan hilang after di massage...dushh.. lagi sekali... SAKIT GILA.. langsung aku tak rasa nikmat di urut.. SAKIT... dr bahagian pinggang, sampai ke leher, mmg sgt2 sakit.. tatau la badan aku yang tak tahan ker, atau mmg this girl ade tangan sakti yang sgt kuat sampai aku rasa sakit sgt2.. bila dah abis, mmg satu kelegaan sgt bagi aku..

Lepas pakai baju semua, aku dihidangkan dengan minuman herba.. yang ni aku leh terima.. sedap la jugak..

Lepas diberi penerangan, aku terus choww!! Aku tak sanggup dtg lagi dah ke beauty house nih.. sbb menambahkan stress instead tujuan utama pergi nak mengilangkan stress..

** sorry, aku terpaksa rahsiakan nama beauty house ni.. bukan aku nak sgt bagi bad review, tapi, i try to be honest..aku tak sesuai kot kat sini.. mungkin!! hmm, anyway, lain org lain pendapat.. out of 10 aku bagi 3 kot kat this beauty house.


** aku ada amik gmbar satu sudut dalam beauty house ni, tapi, aku rasa better tak yah letak.... tapi interior dia quit nice jugak la....

2 comments:

  1. Hmm, btul tu lain orang lain experience. Maybe wrong timing kot? Sy gi ngan kwn, takde masalah pape..treatment best n bilik mmg sejuk.huhu..

    ReplyDelete