Pages

Thursday, November 10, 2011

Sakitnya Putus Cinta

Penah tak aku putus cinta? jawapannya mmg pernah.. masa zaman muda2 dulu.. haha.. tapi, takde la aku ni putus cinta sampai tak leh nak wat ape satu pon.. aku masih bangkit untuk meneruskan hidup aku.. 1st time aku putus cinta, semasa aku bercinta cyber nih.. wahh ade cinta cyber.. haha.. macam cinta monyet la gak kut.. sedih gak time ni.. tp, aku still keep on mencari cinta...try kawan ngan dak Sabah..huhuhu.. kelakar.. then putus sbb dia nak balik sabah.. ngan dak sarawak, pon tak kemana...huhu,

pastu, ada jugak aku try nak bercnta ngan kawan baik aku.. tapi, bila declare, aku trus rs tak selesa,..so, aku buat keputusan nak truskan jadi kawan baik dia jer..huhu.. break lagi... then, setelah keje di Alor Setaq, aku bercinta dgn Z.. tapi, tak lama, sbb aku amik keputusan utk kerja di KL...soo.. aku wat keputusan nk putus sbb rs tak kemana... aku mintak putus, tapi, aku yg gheyau..huhu..

pastu, aku bercinta plk dgn sorg mamat damn stupido.. 3 bulan ja aku baik ngn dia..pastu byk gaduh.. cukup setahun, aku dpt tau dia mmg ada pompuan lain.. mmg vavi.. aku mmg gheyau..satu malam aku gheyau..  tapi bukan sedih sbb break ngn dia.. tapi sbb bengang aku habiskan masa aku setahun ngn dia.. tapi, ada jugak benda yg aku bersyukur, sbb kerana dia aku jumpa n kenal suami aku..

ni antara beberapa tip2 utk org putus cinta.. walaupun kita putus cinta, tetapi, life must go on..ikut rasa binasa, ikut hati mati.. fikir dengan menggunakan akal yang waras.. jgn buat benda2 yang tak sepatutnya...
1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.

6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda

No comments:

Post a Comment