Pages

Wednesday, December 14, 2011

Hakimi di usia 11 Bulan with Fully Breastfeed.!!!

Hari ni 14/12/2011 – Genap usia Hakimi 11 bulan.. Ya Allah, time really flies isn't it?? Rasa baru sangat melahirkan Hakimi.. rupa2nya lagi sebulan dah nak masuk setahun dah anak mama.. mama masih terbau2 wangi bayi kat anak mama ni..
 
Tiada apa yang paling bermakna untuk seorang wanita selain menjadi seorang ibu.... begitu juga aku.. Alhamdulillah, nikmat yang dah 11 bulan aku merasa mmg nikmat yang tak ternilai.. terima kasih Allah..!!
 
Suatu yang membanggakan seorang ibu bila dapat melihat anaknya membesar di depan mata.. walaupon tak sepenuhnya dek kerana tugas mama di pejabat, mama tetap rasa bertuah diberi peluang melihat anak mama membesar.. lebih2 lagi bangga & terharu nya mama bila dapat membesarkan Hakimi dengan air susu mama sepenuhnya..!!biar lah sukar dan sesusah mana pon, niat mama utk fully breastfeedkan Hakimi akhirnya tercapai juga(walaupon masih bersisa setahun lagi perjalanan utk melengkapkan penyusuan).. Sungguh mama akan ceritakan semua detik penyusuan kepada Hakimi bila Hakimi dah mengerti nanti..

Susah ker breastfeed ni?? Semua atas diri masing2. Ada yang dah set kat mind kata menyusu badan ni menyusahkan, memalukan, menjengkelkan, susah nak pam, susah nak simpan... dan akhirnya itu lah yang dia akan rasa.. kesusahan dan keperitan... Tapi bila kemahuan ada, semua kesusahan ditolak ketepi.. malah akan rasa lebih mudah dan bila dah menjadi kebiasaan, semua akan smoothly follow the flow...!! Percayalah sesungguhnya menyusu ni sangat2 lah ENJOY...sungguh..!!!
 
Berbalik kepada cerita perkembangan hakimi, ce tgk yang aku dapat dr babycentre ni...
 
How your baby's growing

Words and word-like sounds are now spilling out of your baby, and he's able to use them meaningfully. As his brain continues to develop, so does his ability to reason and speak. Encourage his interest in language and his understanding of two-way communication by being an avid listener and responding to his sounds. To polish his memory skills, play games like patty-cake and peek-a-boo.
 
Macam tu jugak lah Hakimi.. mulut yang sentiasa bercakap.. heheh. Walau pon tak kedengaran bijik butir, tapi sentiasa bercakap.. ikut saaapppaaaa la ni??.. hehhehe...dia jugak suka mengikut apa yang orang buat.. contoh nya:-

  1. Bila kita cakap “pok amai2” – Hakimi akan tepuk tangan..
  2. Then sambung ngan “cak cekuq udang gamit” – Hakimi akan tukar wat tgn dia cak cekur..
  3. Bila sebut “geleng geleng” – Hakimi akan geleng-gelengkan kepala dia..
  4. Bila wat bunyi macam berkokoko "ook oook oook ooooooooo" – Hakimi akan ikut sebijik macam kita bunyi..(yang ni dia suka tukar2..kdg2 "eeek eeeekkk eeekkk eeeeee")
  5. Dan dia suka petik lidah wat bunyi “cot cot cot” + siap ngan kenyit2 mata skali..
  6. Bila kita zikir sebut “La ila ha illallahh (banyak2 kali)” – dia akan goyangkan badan ke depan dan ke belakang...
  7. Dia dah bleh tau bila org nak tangkap gambar dia.. ikut mood kdg2 dia sengih, kdang2 dia tak layan..!
  8. Hakimi juga suka sengih tunjuk gigi dia.. dah ade 4 batang lagi 2 dah nampak sikit2..
  9. bila main cak2 ngan dia, mmg mengekek2 la dia gelak..
Cumanya, Hakimi masih belum berjalan.. dia nak mama/papa pimpin tgn dia bila berjalan.(org kedah kata tuntun). tapi camana nak berjalan, bila suh berdiri jer dia lompat2.. huhu.. bila nak stable berdiri.. huhuhu..heheh.. anak mama, cepat2 la berjalan.. papa dah tak sabar nak beli kasut utk Hakimi...

Satu lagi masalah bila Hakimi tanak minum EBM di siang hari.. samada guna botol or sippy cup mmg dia tamau.. Hakimi cuma nak direct feed bila aku balik keja. is that ok? so, sape2 reader yang berpengalaman, bleh share camana nak atasi masalah ni??Please???!!
 
Orang cakap, size anak aku ni kecik.. tapi badan sedap..(berisi la) mungkin rangka hakimi kecik cam mama n papa kut kan? Tapi betul, tu hari ade sorang budak ni, baru 3 bulan, sama besar ngan Hakimi.. serius, aku tak larat nak dokong.. Mmg Allah maha Mengetahui kan, Dia bagi apa yang sesuwai dan layak utk masing2 kan??
 
Alhamdulillah.. aku cukup berpuas hati dengan setiap perkembangan Hakimi.. kesihatan Hakimi pon dah bertambah baik.. masa Follow-up check up, Dr. Wong kata lung dia dah betul2 clear.. Alhamdulillah.. hopefully hari2 mendatang untuk Hakimi penuh dengan keceriaan..
  
Mama & Papa already planned for 1st birthday Hakimi.. Just wait.. hopefully tiada aral yang melintang...

No comments:

Post a Comment