Pages

Tuesday, December 13, 2011

Ombak Rindu...

Setelah sekian lama aku tak jejak kaki ke Panggung Wayang Gambar @ PAWAGAM @ wayang., cerita OMBAK RINDU telah berjaya menggamit aku untuk merelakan diri aku utk ke wayang..ditambah pulak dengan 4 complimentary pass yang aku dapat dari Nuffnang mmg wajibal ghunnah aku pi tgk wayang kali nih.5 ticket aku beli, aku Cuma bayar 1 ticket saja.. sbb 4 lagi Free..yee haa....Kali ni aku terjah TGV Jusco Cheras Selatan..!!!

Heheh.. gi tgk wayang dengan bawak baby Hakimi (ehh, baby lagi ker dah nak jadi todd. dah... tapi always be my baby!) bukan lah sesuatu yang sukar bagi aku..Hakimi mmg budak baik.. tak kisah kemana saja mama bawak.. masa kat dalam wayang tu, Hakimi macam teruja betul tgk TV besar.. hehehe.. besar tv umah Mak Tok, besar lagi TV kat wayang tu.. huhu. Dgn sound system yang mmg terbaekk, mmg menerujakan Hakimi dan terdiam seketika..

Sebelum Ombak Rindu start kan banyak iklan2 tu.. ada satu iklan ni citer “Kubur Berasap Malam ini”.. aduhai bila masuk part citer hantu ni, aku kalau bleh tanak Hakimi ni tgk citer ni.. punya la aku tutp mata dia.. aku dukung die utk membelakangkan wayang tu.. huhu.. sbb aku tanak dia ternampak2 hantu tu masa dia nak tido nanti..walaupon unsur kelakar kat citer tu mmg ada....(Alif Ba Ta..Alif Ba Ta..Alif Ba Ta).. bila Hakimi tak leh tido, siapa yang susah?? Mamaaaaa jugakk..!! so, hasil nyer, dia bengang n start nak nangis bila mama tak bagi tengok.. hahahah.. nasib baik under control..Bila Ombak Rindu dah start, Hakimi pon dah start nak berNursing in Public. Tak susah pon nak NIP dalam wayang ni.. gelap, dan ditambah pulak dengan bantuan Ring Sling, mmg Hakimi tertido sampai la habis citer..

Review aku tentang Ombak Rindu, mmg terbaek la.. aku mmg kagum dengan Aaron Aziz yang berjaya membawa watak Haris dengan baik sekali.. dah la encem saaaannnggggattt.!! Hensem tul Aaron Aziz ni.. huhuhu.. Watak Izzah pon tak kurang hebatnya.. aku akur bahawa jalan ceritanya di singkatkan.. tapi what do you expect bila novel beratus2 helai muka surat nak dipendekkan ke 3 jam movie? Okey lah tu kan.. overall aku rate 4.5 out of 5 star.!!

Mmg banyak scene yang mmg tersentuh hati kecil aku nih.. tetapi, disebabkan suami aku kat sebelah, aku bengang kalau aku nangis sbb tgk movie depan dia.. huk!.sbb nanti dia bahankan aku.. so, bergenang2 jer la air mata aku nih.. tapi bila sampai part Haris jumpa Izzah kat rumah Pak Dollah tu, masa tu, aku mmg tak daya lagi dah nk tahan.. mmg hati perempuan betul.. !! tapi serius weh.. aku sedihh bila tgk lelaki nangis..tambah plak encem macam Aaron Aziz..huhu..

Ini lah serba ringkas review aku ttg Ombak Rindu.. Terbaek!!!

Love this song skarang nih...

Lagu ni bukan utk watak Haris.. tapi untuk Suamiku nan tercinta..:-)
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku



No comments:

Post a Comment