Pages

Thursday, April 28, 2011

Kasih aku sgt TULUS okey!!!

Kenape laa ade org dengki dengan kebahagiaan org lain ehh??? Sampai hari ni masih tak faham walaupon berita ni aku tau dah hampir semggu..

Dah 1 tahun 4 bulan aku jadi isteri kepada hubby aku, then, last week ade plak org kata aku ni tak layak utk hubby.. selama 1 tahun 4 bulan ni, tak penah aku kacau hidup orang, tak penah aku menyibuk perihal orang lain.. yang aku pastikan cumalah utk membahagiakan kehidupan aku sekarang nih.. since bergelar mama, aku rasa aku semakin bahagia..

then, damn, i heard this news yang memang menyebabkan kesabaran aku meletup, meledak.!!!. apa salah aku kat dia? Buruk sgt ker rupa aku sampai kuar statement “ntah apa la yang izam tgk kat nita tu?” state plak yang nak kenen2 kan hubby aku with awek mix arab yang lawa n hidung mancung..bukan macam aku la kan?
Dan yang paling aku tak bleh trima bila dia kata aku ni dah guna2 kan suami aku.. hello.. what the hell aku nak buat semua tu la.. then, kaitkan segala hal family aku yang mana dia tak dak hak nak judge pon family aku ni camana. Family aku is the bestest ever.!!! Walau mcammana pon, aku sayang family aku.. org lain tak der hak.. especially dia ni la. Ade ko kenal ker family aku?

Bab guna2kan suami aku, since aku bujang, tak pernah terlintas di hati aku utk guna ajaran sesat ni utk org lain menyintai aku.. walaupun diri aku ni tak cantik, tak sempurna, aku masih mengharapkan there’s will have a guy yang akan sincerely menyintai aku dan menyayangi aku... sampai la aku mengenali suamiku sekarang nih.. yang aku tau hubby aku sayang aku seadanya aku, dan aku menyayangi dia seadanya dia.. itu yang pasti..bila ada org berfikiran jahat macam ni kat aku, terdetik di hati aku, ntah2 diorang ni yang main2 bomoh nih..mmg tak baik buruk sangke kat org.. tapi, aku akui, sebagai manusia, sedikit sebanyak fikiran jahat menguasai diri aku..

Aku hampir gaduh ngan hubby aku sbb kes nih.. tapi bagi hubby, dia cuma anggap ini adalah dari hati2 org yang mendengki kebahagiaan kitorang dan psyco game utk memporak peranda kan kehidupan bahagia aku.. Ya Allah, betapa aku goyah, lemah utk hadapi dugaan ni.. tetapi Allah anugerahkan aku seorang suami yang cool dah tidak cepat melatah dengan semua dugaan ni... sesungguhnya, aku mmg tak kuat, yang menguatkan aku hanyalah hubby dan doa yang tak putus pada Mu Ya Rabbi..

** macam2 rupanya dugaan alam rumahtangga ni yer... bila kedua suami isteri takde masalah, masalah luaran pulak yang timbul.!!**

Tuesday, April 19, 2011

Baby & Daddy Moment Contest



first time dalam kehidupan blog aku, aku join contest.. rasa teringin nak join utk suka2, rasa sgt excited plak nak join first contest nih.. ehehe.. lebih excited lagi bila pasal baby.. sgt suke lah.. siyess... pasal baby & daddy.. baby kimie, papa, kita cuba nasib ehh.. hopefully bleh membantu mempromosikan butik D'La Maya nih jugak...


ni antara syarat2 penyertaan :-


1. MESTI follow blog D'La Maya <--DONE
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB Page. Tidak wajib, tapi satu kelebihan jika <--DONE
3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mesti berumur sehari hingga 2 tahun <--DONE
4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini <-- KLIK KAT GMBR ATAS YER

5. Tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini <-- SAYA TAG DIORANG NI..SILA JOIN YER.. krsty pinky, mamajue, haniefd
6. Jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda yer

Mudah bukan?
jgn lupa tuliskan nama dan umur baby anda dan ceritakan serba sedikit tentang moment itu ye.

hadiah kepada pemenang adalah...
1st prize : items worth rm80
2nd prize : items worth rm60
3rd prize : items worth rm50
3 consolation prizes : worth rm30

Closing date : 30 April 2011



Nama Baby : Izni Aisy Hakimi bin Izamuddin
Umur baby : Dalam gambar (45 hari) Hari ini (3 bulan 5hari)
Nama Papa : Izamuddin bin Ahmad Zabidi
Cerita disebalik moment ini :-

ni first day hakimi gi jalan2.. ms ni berumur 45hari.. right after pantang, mama, papa dan hakimi gi jalan2.. nk tau ni kat mana??ni kat Maxis Center KLCC..umo 45 hari anak mama dah dpt gi jln2 KLCC.. xceli, tujuan sebenar kat MAxis Centre ni nak gi terminate broadband jer...that day, mama tak dapat dokong hakimi sbb papa jer nk dokong hakimi... this picture means alot to mama coz papa tgh betulkan kain bedung hakimi.. apa yang papa pntingkan is kekemasan dan kesempurnaan anak yang tersayang...

mood swing..

hari ni macam2 rasa aku rasa, aku rasa letey, aku rasa penat, aku tetiba rasa semangat , then aku rasa excited, aku rasa happy, tapi kenape ekk...



tetiba jer aku rasa mood aku hari ni asyik2 bertukar jer.. banyak benda aku rasa aku nak buat.. bila tiba2 dtg mood nak buat sesuatu, then bila dah ready nak wat, tiba2 rasa tanak wat pulak.. i think this is not a good sign.. oh noo.....help me..


~~rindu hakimi la...sebenarnya...~~

Mariah - Carey - Hero (Lyrics) ♥ ♫ ♪ ♪ ♪ ♥



So When You Feel Like Hope is Gone
Look Inside You and Be Strong
And Then You'll Finally see
The Truth that a hero lies in You..

Monday, April 18, 2011

new skin..

taraaaaa.. my new skin.. ntah kenape, aku suka sgt hijau skang nih.. apa2 pon nak hijau.. baju baby kimie pon banyak hijau..

hehe for a start, aku choose also green for my blog skin..

tapi will edited lagi nanti.. aku jadi dapat semangat baru nak update blog.. banyak yang patut aku luahkan segala kat sini.. utk aku cuba jadikan tatapan aku dikemudian hari..

Tuesday, April 12, 2011

mama---gelaran baru aku..




bila sebut gelaran baru, mesti org dah tau.. ni mesti baru dapat baby sulung nih..yerp.. betull..
aku baru jugak la melahirkan sorang bayi lelaki pada 14 January 2011.. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar...

pada hari tersebut, sebenarnya, aku takde rasa sakit or ape.. just pegi hospital utk check up seperti slalu2nya.
cuma aku dah rasa sedikit letih dan penat..sampaikan aku amik cuti 3 hari utk mggu tu, dan plan utk mintak MC kat doc mggu depan sampai ke date EDD aku which is 23 January 2011.

di hospital, aku mcm biasa la.. either aku dapat turn no 1 or 2.. tu jer.. sbb aku mesti gi awal... sbb tak sanggup nak tggu lama.. bila gi awal, doc tak masuk lagi. so, lepas amik turn no, aku pon ajak hubby aku gi makan dulu.. and my wish nak makan kat oldtown..

bila sampai turn aku utk check up, doc kata kali ni dia nak wat ecg dulu.. check jantung baby.. then, bila dapat result tu, doc said aku dah ada contraction 3 minit skali.. ohh.. ye ke.? aku takde rasa sakit pon.. and doc pon kata kita tak yah tgk baby hari ni, kita check laluan.. skali lagi dalam hati aku.. oh ye ke.. dah nak kena check ker? then, doc kata dah bukak 3cm.. Ya Allah.. aku dah nak bersalin ker nih?? then doc tanya aku, either aku nak warded now or balik dulu... aku dgn confidentnya, aku cakap aku nak balik dulu.. pastu, doc kata ok.. bila sakit dtg.. aku pon cakap ok, dan aku ty doc balik, sakit tu camana.. huhu.. sbb walaupon doc kata aku dah ada 3minit skali contraction, tp, aku tak rasa apa2.. pastu, doc trus cakap, kalau gitu, awak warded skarang la.. kat sini kita leh monitor...aku pon ok kan jer..

sampai kat ward, hubby aku balik amik brg.. syukur rumah dekat ngan spital APSH nih.. then aku lepak ja kat ward tu sambil online FB tru fon aku yang tak berapa nak canggih tu......sampai la ada makanan terhidang, aku makan.. then nurse dtg nak masukkan ubat bont** aku pon redha je apa yang diorang nak wat..huhu.. menyerah jer.. huhuhu.. lepas aku buang apa yg patut, doc check laluan lagi.. still 3 cm... then. diorang dah suh aku masuk labour room.. ohh yer/>?> dah nak beranak ker aku nih??

bila dah dalam labour room, macam tak caya pon ada gak.. adakah aku dah nak bersalin.. dgn lum ada apa2 rasa sakit..tapi credit to APSH.. mmg labour room sgt best..caya la.. siap leh tgk TV.. ingat nak layan aya cahaya aya.. tapi sayang takde plak astro prima..huhu...

start drip, then nurse ty nak bius tak, dgn confident tanak.then dtg nurse yang lain pecahkan air ketuban.. oohh now its broke.... pastu, doc suggest suh amik, amik jugak.. tapi.. tak mendatangkan kesan pon.. sakit jugak contraction tu.. then, pening kepala.. tgk hubby aku yang sentiasa disisi buat aku rasa tenang dan tenteram..

dr kul 3 lebih tu, sampai 6.30 aku dah tak tahan sakit.. nurse check, time tu dah bukak 7cm.. alhamdulillah, mean, dah tak lama lagi kuar la baby aku nih...nurse pon dah siap2kan alatan dah.. then dr. ariza pon masuk.. macam mimpi.. tapi, sakit nak melahirkan mmg sakit yang sgt sakit.. tapi, alhamdulillah, first time push, doc gunting.. terasa tapi tak sakit dah time tu.. then, bila sekali lagi contaction dtg, aku mmg penuh daya upaya, push dgn sekuat hati nak kuarkan baby, alhamdulillah, lahirlah putera pertama aku.. dgn ucapan Alhamdulillah, dengan penuh senyuman, aku bersyukur sgt dianugerahkan peluang utk menjadi seorang ibu....Ya Allah, insyaAllah, akan aku jga dengan baik amanah yang Engkau beri padaku...