Pages

Friday, May 27, 2011

First Time Turn Over..

semalam(26/5/11) first time Hakimi meniarap sendiri depan aku.. tanpa bantuan.. hahah.. sebelum ni dok tolong.. then, Cik Mah tak bagi tolong.. heheh. tatau plak kata tak bleh tolong.. nampak sgt aku ni ibu muda yang tatau pantang larang org tua.. mmg aku rasa sgt memerlukan teguran2 dari orang yang lebih tua dr aku nih..

okey, berbalik citer tadi, tu first time yang aku tgk sendiri.. Papa kata, before ni pun ade gak Hakimi dah turn sendiri.. masa tgk dia pusing tu, mmg bersungguh2 Hakimi nak tunjuk kat mama yang dia dah boleh pusing.. bila dah berjaya, aku bagi tepukan tahniah.. boleh dia senyum.. hheehhe.. senyum yang penuh bermakna utk mama...

seronok tgk bila anak boleh sesuatu..sekarang ni Hakimi dah semakin cerdik.. bila dengan mama, dia langsung tanak susu(EBM) dalam botol, nak direct jugak.. agaknya dia puas kut bila dapat direct feed..

lagi satu, dia dah tanak terbaring jer skang ni.. menjerit nak mintak diangkat..:-) bila angkat jer diam... anak mama ni.. kalau org panggil dia Hakimi sayang..... die terus senyum sampai ternganga mulut die.. heheh. soo cute la anak mama nih..

bahagia betul aku rasa.. jadi seorang ibu, dapat membesarkan Hakimi mmg sgt2 membahagiakan aku..balik keje pun tak penat bila ngadap muka anak.. mmg wonder jugak, nape tak penat sedangkan aku banyak menapak skang ni... tp, its true.. siap bleh basuh baju, sidai baju n lipat baju lagi..

Wednesday, May 25, 2011

Samsung Galaxy S

aku ni bukan la seorang peminat gadjet2 nih.. tapi, skang ni aku dah terjatuh chenta dengan GALAXY S... isk, bila la aku akan dapat memiliki galaxy S nih.. teruja sgt2..



alahai, galaxy S, bila la akan menjadi milikku....

Thursday, May 19, 2011

8 hari di wad.

last week from 4th may - 11 may, sekali lagi Hakimi warded. humm, baru jer bulan lepas dia warded sebab bronchitis.. tapi kali ni bertambah plak dengan demam yang sgt tinggi suhu badan nya..

4/5/2011 - kul 4.30 pagi, aku dah gelabah bila rasa badan hakimi panas.. mmg aku tatau nak wat ape, trus aku carikan ubat demam.. lepas aku bagi dia ubat demam, aku call ampang puteri, medijaring sumer.. aku tggu tgk, ok tak pagi tu, tapi badan dia masih panas. merengek2 anak mama.. siann.. aku ambik keputusan nak bawak dia gi jumpe paed.

sampai jer kat bahagian emergency, suhu badan dia 38.8. Ya Allah, panas nya.. aku mula risau, then, doc kat emergency tu bagi nebulizer and then masukkan ubat montot, then aku terus bawak gi jumpe doc Wong.. disebabkan temparature badan hakimi terlalu tinggi, doc suh masuk ward.

bermula lah episode aku dok spital lagi sekali.. as usual, hakimi kena wat chest fisio and suction lagi skali.. and bertambah lagi doc nak check darah, drip air and masukkan antibiotic.

baru jer beberapa minit aku masuk, nurse dah panggil nak set laluan utk drip air.. berdebar jugak aku masa tu.. mula2 nurse tgk aku, dia dah tanya dah, mama boleh tgk ker? kalau tak boleh, mama tunggu kat luar. tapi, aku tak sampai hati nak tinggalkan anak aku sorang2 dengan nurse jer kat dalam tu.. tapi, bila dengar jer jeritan tangisan hakimi, hati aku mula luluh.. sampai selop dia nangis.. then, air mata aku mula la lajuu jer mengalir.. tak sampai hati plak aku tgk org menyakiti anak aku.. ya Allah, ni la perasaan seorang ibu kan? patutlah seorang ibu akan bermati-matian mempertahankan anak nya.. Subhanallah...

malam pertama tu, bdan hakimi panas sgt.. aku risau, then aku panggil nurse.. bila nurse dtg check, time tu suhu bdn hakimi 39.1. tinggi sgt.. patut la dia asyik nak merengek.. aku risau, cuba jelum dahi n lap2 badan dia dengan air.. tapi, Hakimi ni tak suke kena jelum.. mmg menjerit2 la dia..

setelah 2 hari kat ward, hakimi dah nampak okey sikit cuma tinggal selsema n kahak jer.. demam dah kebah dah.. Alhmadulillah.. ha, terlupa plak.. result darah dia tu hari, doc cakap darah putih terlebih dr normal. masa ni lagi skali aku takut. risau aku.. tapi, doc kata disebabkan ada infection. so that, antibiotic ni akan cuma lawan dengan kuman2 dalam darah hakimi.. Ya Allah, hopefully, hakimi pun kuat untuk lawan kuman2 tu...

masuk hari ke 5, badan hakimi dah start nak panas balik.. aku mula heran, takkan antibiotic ni tak bertindak langsung kat badan dia.. doc pon heran sampai doc suh amik darah lain sbb dia suspect kuman lain plak dalam badan hakimi.. Ya Allah, risaunya.. sekali lagi aku menangis bila tgk diorang amik darah hakimi..

bila suhu dia masih panas, aku mmg tak boleh duduk diam, nurse tanya, "Puan nak ubat makan ker ubat bontot" aku cakap which one yang lagi cepat nak turunkan suhu badan dia? diorang cakap bagi ubat montot.. ok.. bila dah bagi ubat tu, keadaan dia ok sket.. hari ke 7 hakimi dah nampak ok.. doc dah stopkan antibiotic dia. aku tanya doc pasal result darah tu hari. dia kata darah normal. Alhamdulillah..

doc cakap esok dah boleh balik.. aku tgk hakimi pon dah nampak sihat.. nak main2.. nak gelak2.. alhamdulillah....

mmg sgt mencabar untuk aku bila anak sakit n kena masuk spital.. mmg tak sanggup.. Hakimi, jgn sakit2 lagi tau.. mama tak suke tgk anak mama sakit..