Pages

Monday, August 29, 2011

Memaafkan.....


Bersempena Syawal yang bakal menjelang tiba.. rasa terharu baca satu entry dari blog nih.. --> http://ms.langitilahi.com/


" Maafkanlah. Sesungguhnya memaafkan itu sangat mulia dan menyenangkan jiwa "




Dendam ibarat virus/bom jangka pada masa yang sama. Ia adalah virus yang menghakis kebahagiaan hati, juga bom jangka yang akan meledakkan kemarahan dan menghancurkan harmoni.

Dendam biasanya bermula dengan marah. Rasa tidak puas hati. Akhirnya syaitan menyalutnya dengan benci. Kadangkala, suasana ini bermula dengan posisi kita sebagai pesalah. Kita tidak puas hati ditegur. Kita timbulkan 1001 alasan untuk membuatkan teguran itu sesuatu yang perlu kita marahkan. Kadangkala, suasana ini bermula dengan posisi kita sebagai tidak bersalah. Tiba-tiba ada orang aniaya kita, dan melakukan sesuatu yang buruk pada kita atau sengaja membuatkan kita marah. Maka kita timbulkan 1001 alasan untuk membuatkan situasi itu sebagai lesen untuk menghamburkan amarah.

Mungkin kita akan rasa puas hati lepas marah-marah sebentar. Tetapi, ia memberikan luka yang dalam. Baik kepada yang dimarahi, atau kita sebagai pemarah.

Sebab itu, Islam menganjurkan bermaafan.

Sebab dengan kemaafan, hati manusia itu akan bahagia.


Bukan mudah

Memang tidak mudah. Kita akan rasa diri kita dipijak. Kita akan rasa bahawa kitalah yang kalah. Kita akan rasa bahawa dengan memaafkan maka kita kelihatan seperti pesalah.

Kita rasa bahawa: “Dia salah, maka dia kenalah merana atas kesalahannya”

Bukan mudah memaafkan. kita sedar, yang menghadang antara memaafkan dengan tidak adalah sebuah tembok bernama Ego.

Tetapi, apakah jalan ke arah kebahagiaan itu mudah-mudah sentiasa?

Tidak. Ia memerlukan pengorbanan.

Maka, untuk mendapat ketenangan hati dari tindakan memaafkan orang ini, kita perlu mengorbankan ego kita.

Kita percaya bahawa, Allah akan memberikan kita sesuatu yang lebih baik, apabila kita memaafkan sesiapa yang menganiaya kita.

“…dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu; tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” Surah An-Nuur ayat 22.

Ganjarannya adalah keampunan Allah. MasyaAllah… hanya dengan memaafkan.

Tidakkah ganjaran itu sangat besar berbanding kesakitan jiwa memendam amarah?


Memaafkan, jiwa tenang, tubuh sihat

Memaafkan mempunyai khasiat yang banyak. Selain menjaga hubungan harmonis antara sesama manusia, ia juga mengetuk kesedaran jiwa akan kesalahan diri sendiri terhadap orang lain.

Sebagaimana Rasulullah SAW yang amat pemaaf, sifatnya itu mengetuk kesedaran pada ramai musuh-musuhnya. Kita dapat melihat betapa besarnya peribadi Rasulullah SAW apabila baginda memaafkan seluruh kaum Musyrikin Makkah ketika peristiwa Fathu Makkah.

Harun Yahya pula, ada menyatakan bahawa, dengan memberikan kemafaan pada orang lain, ini akan membantu kesihatan. Dua buku karangan orang bukan Islam, telah menyokong pendapat ini. Buku yang pertama adalah: Forgive for Good by Dr Federic Luiskin dan Forgiveness by Healing Current Magazine. Kedua-dua buku ini menyatakan betapa memaafkan itu dapat mengurangkan stress, dan mengekalkan kemudaan. Kedua-dua buku ini juga menyatakan bahawa, menyimpan dendam, menahan kemaafan adalah mampu merosakkan sistem tubuh. Hal ini kerana, apabila mansuia berterusan marah, maka kitar suhu tubuh dan peraliran darahnya menjadi tidak teratur dan tidan seimbang.

Islam sebagai satu cara hidup, yang diturunkan oleh Allah SWT yang Maha Mengetahui, ternyata telah merungkai perkara ini terlebih dahulu. Sebab itu, kita dapat melihat betapa tenangnya kehidupan Rasulullah SAW dan para sahabat, apabila mereka sentiasa memaafkan dan tidak pula berdendam.

Mereka tidak terjun merosakkan hati dan diri mereka dengan memanjangkan perkara yang tidak sihat.

Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;” Surah Al-Furqaan ayat 63.


Adakah memaafkan itu menghalalkan perbuatan salah?

Bila kita memaafkan seorang pencuri, apakah kita menghalalkan tindakannya mencuri? Bila kita memaafkan seorang yang menganiayai kita, apakah kita menghalalkan tindakannya menganiayai kita?

Tidak. Perbuatan salah itu tetap salah.

Adakah memaafkan itu bermaksud tidak menegur?

Tidak. Kita tetap menegur.

Beza orang yang memaafkan menegur, dengan orang yang marah-marah menegur, orang yang memaafkan itu lebih bersih tegurannya. Dia tidak bersalut emosi yang melampau. Dia menegur memang betul-betul kerana dia faham tanggungjawabnya untuk menegur.

Apakah memaafkan ini bermaksud kita tidak boleh marah?

Tidak. Kita boleh marah. Tetapi bagaimanakah marah yang sebenarnya? Terbina di atas apakah kemarahan kita? Semestinya kita marah pun, mengikut neraca Allah SWT.

Memaafkan adalah untuk kita sebenarnya. Dengan memaafkan, bermakna kita sedang taat kepada Allah SWT. Memaafkan, bermakna kita sedang berusaha menaga jiwa kita.

Syaitan, menjadikan amarah manusia, sebagai kuda tunggangannya.


Penutup: Pilihan kita.

Kita sebagai manusia, diberikan pilihan untuk berikhtiar. Maka, kita tidak dipaksa untuk memaafkan mahupun untuk tidak memaafkan. Kita yang pilih.

Namun, setiap pilihan ada konsikuensinya yag tersendiri.

Apakah tidak memaafkan itu memberi manfaat yang besar pada diri kita, dan juga pada orang lain? Apakah memaafkan itu memberikan mudarat yang besar pada diri kita dan juga pada orang lain?

Sebab itu, dalam membuat pilihan, sebaiknya kita mengambil neraca Allah SWT. Kita tidak mengetahui, tetapi Allah SWT Maha Mengetahui.

Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka. Dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” Surah At-Taghabun ayat 14.

Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan (kesalahan orang terhadapnya), sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya).” Surah Asy-Syu’ara ayat 43.

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;(Siapakah orang-orang yang bertaqwa?) Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik” Surah Ali Imran ayat 133-134.

Justeru, pilihan di tangan kita.

Memafkan, atau tidak memaafkan















Thursday, August 25, 2011

Pre-raya 2011.

Pejam celik, pejam celik Ramadhan pon dah nak meninggalkan kita..isk.. Syawal pula yang akan menjelma..? apa ibadat yang aku buat? berapa banyak pahala yang aku kumpul? Allahuakbar.. Astaghfirullah.. tiada satu pon amalan sunat yang aku lakukan.. Terawih pon tak dapat walau satu hari..Semoga Allah mengampunkan dosaku atas kelalaian aku ni dan menerima amalan puasa ku pada tahun ini.. apa yang aku harapkan adalah untuk bertemu dengan Ramadhan pada tahun hadapan..InsyaAllah...

Bila sebut pasal Hari Raya, ramai yang ingat about the raya preparation..? banyak tak yg aku dah prepare? bagi aku ala kadar jer la kut. Tahun lepas pertama kali aku bergelar isteri.. tahun ni pulak, pertama kali aku bergelar Mama...humm, apa lagi haruslah aku beria utk Hakimi kan?...

Tema pada tahun ni adalah HIJAU.. what?? Hijau lagi?? huhu.. tahun lepas pon Hijau.. tahun ni pon Hijau.. sbb nya, baju aku dan hubby aku hasil dari barangan hantaran masing2 masa kawen 2009 yang lalu.. see.. baru nak jadi baju....!!! aduhai.. tahun lepas aku mmg tak leh nak pakai baju kurung dah.. tu yang posponed tahun nih.. huhuh.. okey la... jom kita tgk apa preparation utk raya keluarga kecil aku tahun nih..:-

mulakan dengan Hakimi :-

Baju2 Hakimi ni banyak beli kat SOGO.. lama dah aku beli.. bulan 4 kot, masa tu ada member day sales.. meriah betul aku shopping baju hakimi waktu tu.. bukan niat nak beli baju raya pon.. tapi kalau harga dah dari RM90++ jadi belasan ringgit, mmg teruja la aku kan,...??!! Kemudian proses pembelian disambung diawal Ramadhan.. still kat SOGO lagi..before tu kitorang gi Jusco, brand cikai pon puluh2 ringgit.. hisyy mahal sungguh baju baby ni.. so, aku cuma sambar satu seluar Baby Kiko jer kat Jusco.. bila pegi jer SOGO, walaupun time tu bukan member day sale, still lagi muuurah dr kat Jusco.. Dapat la aku beli baju yang ade brand sket dengan harga yang sgt berpatutatan..lagipon tujuan beli baju utk Hakimi ni sbb banyak dah baju Hakimi yang sendat2 jer ngan badan dia.. its about time to tukar size.. yer lah kan dah 7 bulan.. mana nak muat pakai baju 0-6month lagi dah..

Papa plak, baju melayu macam dikatakan la., kain hantaran tempohari. pastu ngan t-shirts la kan.. memula ade 2 helai jer baju baru.. alahai, sedih plak bila hubby aku takde baju baru..bila time dekat nak raya, dapat plak berita gembira yang kilang Nicole ade wat warehouse sales macam last year.. apa lagi, aku grab la.. ha amik ko berlambak baju raya hubby aku nih.. brand nicole ade la dalam 6 helai.. mana tak nyer, ade yang Sehelai rm6 jer, ade yang rm10.. mmg berbaloi..jeans papa jer yang ade satu, dia kata pakai jeans yang lama pon okey.. tgk la, kalau ade rezeki bleh la bli lagi satu kan.. pastu, kasut raya, bila tgk sandal dia, dah koyak, rasa mmg patut dia beli baru kut.. tapi, ni pon blom beli lagi..

Aku.. baju kurung .., 1 yang kain hantaran, pastu ade lagi 1, kain hadiah dari ibunda kak ira masa wedding aku, 1 lagi, aku dah terrrbeli satu baju kurung moden ready-made sbb ade member opis aku jual.. huhu.. dah ade 3 helai baju raya.. Kasut plak, aku dah beli masa member day sales dalam bulan 4 dulu.. harga kasut vinnci rm10 jer masa tu. berbaloi beb..tu jer la baju raya aku.. baju2 blouse n t-shirt2 plak, aku grab masa Nicole nyer warehouse sale tu jugak.. ladies t-shirt kebanyakan yang aku beli semua harga dia RM6 and yang paling best is BUY 1 FREE 1.. so, jadi la RM3 utk sehelai.. wallah.. banyak jugak la t-shirt aku.. ade 9 helai kot..isk.. banyak nyerrrr..

bab kuih raya, yg ni aku tak beli banyak.. cuma ada kuih gunting, kuih snow chocolate, dan ade kuih kayu buruk moden jer..ingat nak gak cukupkan 6 jenis, tapi blom lagi gi beli.... dan satu lagi masalahnya, bekas kuih pon takde,, ade yang org kasik hadiah masa wedding dulu.. dah pakai last year, tapi, abis kuih2 lemau.. masuk angin.. sbb tudung dia macam tak rapat.. ntah bila la nak gi cari bekas kuih yang kecik molek ni..

Beraya dimana???xceli tahun ni, turn beraya bersama family hubby aku.. humm, tahun ni plak tak balik ke Perak.. so, beraya di Cheras Baru jer la.. first time aku tak beraya bersama kuarga aku..sedih jugak rasanya... tak pe lah, ini lah yg terpaksa dikorbankan bila dah bersuami dan berkeluarga.. tapi, the good thing is aku still akan balik Kedah pada hari raya ke-3.. yee haaa.. best best best!..

Last but not least, aku nak amik kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir Batin.. kepada yang pulang ke kampung halaman, semoga perjalanan anda mendapat keredhaan Allah.. Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju..


** ingat nak letak gmbar, tp malas pulak nak bukak2 balik baju2 si tecik kimi yang dah berlipat n masuk beg tu..

Wednesday, August 24, 2011

Hakimi's faces


Layankan gambar jer la.. hanya edit guna paint.. sbb tak install photoshop... ini lah die hasil yang tak seberapa..





Izni Aisy Hakimi,

mama papa sayang sgt kat Hakimi.. semoga Hakimi jadi anak yang baik, yang soleh..

Mama Sayang Hakimi Fillah...





Monday, August 15, 2011

7 month mengecapi saat indah bersama Hakimi

14 August 2011 - genap Hakimi dah 7 bulan.. seronok nya tgk perkembangan diri hakimi.. dari tidor jer sepanjang hari sampai lah diusia 7 bulan ni dah pandai enjakkan badan ke depan.... kalau letak laptop, pinggan, laju je meluru nak dapatkan.. hihi.. berusaha btul si kecik mama nih... macam geram sangat kat pinggan ngan laptop..sekarang Hakimi dah start blaja2 angkat montot tecik tomey tu.. huhu.. nak merangkak dah kut anak mama nih...pastu skang dah merap sgt2.. nak berdokong jer....

sebut pasal pinggan, nak jugak jot pasal Hakimi n Solid food.. humm, dah sebulan Hakimi makan dengan jayanya.. wahh, naper jaya nya?? sbb Hakimi mmg gemar makan.. stakat hari ni, hakimi dah makan bubur nasi yang dicampurkan dengan carrot. mmg aku nak kenalkan satu satu makanan kat dia supaya dia tak confuse. so far antara makanan yang dah aku kenal kan kat Hakimi:-
1. Bubur Nasi Kosong
2. Bubur Nasi + Carrot
3. Bubur Nasi + Brocolli
4. Bubur nasi + Cauliflower <--- ni Hakimi tak suke.. bila makan jer die sembur...
5. Bubur Nasi + Bayam <-- Aku rasa hakimi tak sesuai.3 hari makan bayam, badan dia naik rashes.

Buah yang aku dah kenalkan kat hakimi :-
1. Kurma
2. Apple
3. Pisang

mmg penerimaan Hakimi terhadap makanan sgt OKEY.. great my dear son.. pandai anak mama nih.. badan pon aku tgk makin mantap... papa plak geram nak gigit.. bleh satu hari tu dia geget nyer si Hakimi nih....hihi abg.. abg...

huhu, tetapi aku jadi kurang gembira plak bila time medical checkup, berat hakimi cuma naik 100g jer...!! macam tak betul pon ade aku rase.. isk.. last month 6.9kg this month 7kg.. biar betul kan.. tapi dah lenguh tgn aku kalau dukung dia.. dok dalam ring sling pon dah rasa hantap... tapi naik 100 gram jer? humm is it normal?? bila tgk kat graph dalam application kat android ni nampak graf dia macam menurun... aku makin risau..??

since aku lepas bersalin, aku tak penah naik weight scale.. huhu.. kat umah takde, so aku wat tatau jer berapa berat aku yang dah turun.. last sekali aku timbang the day before aku melahirkan, berat aku adalah 68kg ok.. huhuhu.. berat yang membuatkan aku tak larat jalan... huhuh.. semalam kat family store, aku terjumpe weight scale.. apa lagi, masuk 2 kupang, treenggg.. kuar la berat aku 53.4kg.. huk.. \

53kg? berat masa aku kawen 52kg(tak makan nasi berbulan lamanya).. berat masa aku memula tau aku pregnant 56kg.. tapi still aku tak puas hati dgn berat tu walaupon jeans2 lama aku dah loose.. cuma satu jer jeans yang dah lama aku tak pakai (sbb ketat dulunya) yang aku sedap pakai skang ni.. tapi berat idaman aku 45kg.. aku tatau la aku leh ker tak capai berat tu..aku nak kurus.. nak kuruss...

walaucamana pon aku tetap bersyukur, ada la jugak pengurangan berat badan aku.. camner aku leh turun??? aku tak amalkan diet pon.. apa yang aku wat,

pertamanya, masa dalam pantang, aku betul2 pantang kecuali aku tak suke pakai stokin. makan mmg aku pantang betul.. nasik mmg sikit jer aku makan.

keduanya, Idam mmg ikatkan bengkung kat aku seketat2 yang mungkin.. sampai dekat2 nak abis pantang, aku dah tak leh pakai bengkung tu lagi sbb dah loose..

ketiga, malam2 masa aku dalam pantang, aku pakai Premium Beautiful.. aku bukan nak promote, tapi PB mmg banyak bantu aku kurangkan berat badan.

dan lastly, aku rasa yang faktor paling utama adalah aku salah seorang ibu yang hardcore breastfeeding supporter..betul cakap org, aku dah berjaya kembalikan berat badan aku dr berat aku range 55-56kg(ms zaman bujang) ke sekarang.. walaupon aku still rasa its still not enough tapi, aku yakin aku boleh kurangkan lagi..

kepada sesape yang baca blog aku ni, kalau korang berkemampuan utk menyusukan anak dengan susu ibu, menyusukan lah.. selain dari termaktub dalam Al-Quran, bonding antara anak sgt rapat, dan dapat jugak mengembalikan bentuk badan asal si ibu.


Moment yang paling aku bahagia ketika menyusukan Hakimi adalah sebuah perasaan dari naluri seorang ibu yang tidak tergambar dengan kata-kata.. pandangan mata Hakimi sewaktu menyusukan, senyuman kekenyangan Hakimi sangat menyentuh hati aku.. sesungguhnya aku sgt bahagia dikurniakan Allah seorang cahayamata bernama Izni Aisy Hakimi b. Izamuddin dan aku bangga kerana berjaya menyusukan Hakimi secara Exclusive selama 6 bulan.. dan insyaAllah, akan diteruskan ke 2 tahun untuk penyempurnakan penyusuan kepada Hakimi.. Semoga Allah memudahkan segala urusan dan niat baik aku nan satu nih.. Aminn..

<**aku akan up gmbar hakimi, dalam next entry**>

Tuesday, August 9, 2011

Hakimi's first attempt



Tgk...anak mama dah nk merangkak..this is another milestone to record..aktiviti coba2 hakimi ni pada 6/8/2011 di surau hospital selayang..tapi sekejap jer hakimi tunjuk kejayaan hakimi kat mama..masih blum stabil...terhuyung hayang...takper..cuba lagi..satu hari nnti mesti Hakimi berjaya..chaiyok sayang mama..mama love you soooo much..

posted from Bloggeroid

Monday, August 1, 2011

Puasa Pertama bergelar Mama.

1st August = 1 Ramadhan..

humm senang nak kire kan baper hari dah puasa tahun nih.. sbb bulan pada tahun Hijrah same dengan tahun MAsehi..haha.. ni bagi kes macam aku yang tak ingat bulan Hijrah.. ee teruk betoi...

tahun ni, first time aku puasa dengan gelaran Mama.. hik.. tatau la camana pulakkan.. kalut tak aku nak menyediakan makanan berbuka? camana nak sahur, Hakimi bangun jugak ker tak? nak masak ker nak beli kat PARAM(tetiba terigat PARAM UTM)..dan sebagai ibu menyusu, cukup ker hasil susu utk bekalan Hakimi.. oohh, banyaknya yang berlegar2 dalam pikiran aku nih..

semalam, sebagai sediaan utk berpuasa, aku kena la buat stok sbb mmg aku plan nak masak kali ini..hopefully terlaksana sampai hari ke30.. haha.. tgk tu cita cita.. destinasi shoppping aku mydin USJ. alasan utama gi sana aku nak beli secarton season longan kurma...tetapi malangnya, takde even 1 tin pon kat sane.. hmm,. sedih tul..so, aku beli la barang2 lain.. utk keperluan dapur.. huhu.. tapi org masyaAllah punya la ramai.. nasib baik hakimi dengan baiknya dalam sling dan ketiduran..

hari ni, pagi tadi bermulalah episod pertama.. hahah.. plan nak bangun kul 4.30am.. tapi dah terlajak sampai 4.50am.. kalut jugak aku.. sbb nak kena masak sayur.. smlm eksyen tanak masak awai.. ha ni amikk.. nasib baik semua dah potong..tinggal campak dalam kuali jer.. huhu..lepas siap sayur, aku terasa teringin telur dadar.. sbb aku dah masak udang sambal malam tadi atas request suami tercinta.. tp aku cuba tanak makan udang sbb hakimi dah diserang Eczema....so pagi tadi sewaktu hakimi masih nyenyak dibuai mimpi, juadah kami berdua adalah sambal udang, telur dadar dan sayur kacang buncis.. nyum2.. berselera gak aku walau makan ngan kicap kipas udang...

**pagi ni dengan penuh semangat aku menyarungkan PB.. haha.. lama dah tak pakai.. sampai Idam tanya, "ni ape mimpi pakai PB plak ni??".. harap2 aku dapat 45kg.. wakaka..apekahhh?!!