Pages

Wednesday, November 30, 2011

Mode : Jalan2 Cuti2 Malaysia sudah mari...

tetiba dalam otak aku ni asyik terpikir nak gi jalan.. isk isk isk.. ni lah payah nyer bila tahi lalat kat kaki ni.. hahha.. asyik nak gi jalan2 jer.. huwaaarrghhh.. tahun ni, mmg aku lum gi jalan2 mana lagi pon..ye la kan, ade anak kecik.. hehe,.. tak berani nak menyahut cabaran nak travel ngan baby under 1 tahun.. huhu..

tapi, bila memikirkan esok nak balik kampung kedah utk kenduri kawen Kakzu n Abg Nizam, aku rasa macam nak plan sumthing.. hehe.. mula la aku naik tocang kan.. hahah.. kenduri ari sabtu, so aku ada hari ahad, isnin n slasa utk jalan2..and Rabu 7th December, my hubby bzzday..huhu.. takde plan nak wat birthday trip tahun ni... aku ingat nak bagi birthday present kat suami tercinta, tapi sehingga ke saat ini, aku masih tatau nak bagi apa...

okey2. back to cerita jalan2 aku, aku plan nak g jalan2 Alor Setar on Sunday.. Monday, aku ingat nak gi jelajah Penang.. haha.. nak gi Bukit Bendera.. tmpt yang mmg aku tak penah pi.. isk.. teringin nak pi.. tapi, aku serabut la sbb tatau jalan.. GPS aku, cu aku pinjam.. huhu.. so, aku rasa aku terpaksa redah.. sbb nya nak pi Penang tu, sbb aku ada plan nak gi melawat baby kembar sahabat sejati aku ni, kira BFF aku la,  Wan Suhana.. baru jer 2 bulan melahirkan anak kembar.. isk..mesti comey.. tak sabar aku nak tgk twin..!!!

xceli, aku ni mmg suka gi "hill" ni.. tapi bukan panjat gunung la. aku rasa aku tak daya nak memanjat gunung (walaupon, keinginan aku nak panjat gunung kinabalu masih menebal dalam hati aku... ).. sbb aku suka gi hill ni, sbb nya, sejuk kit.. Cameron Highland, Kinabalu, Fraser Hill, bukit tinggi.. hahha.. ni nak redah Bukit Bendera plak.. Gunung Jerai pon lum penah bawak suami aku gi.. dgr citer dah cantik atas tu..

masa kat Perak tu hari, aku teringin nak gi Maxwell Hill.. tapi, bila aku google2 nak naik atas tu kena naik ngan Jeep, n aku rasa keselamatan Hakimi tak terjamin.. so, tggu Hakimi besar sket, baru plan lagi skali..

saja letak pic ni supaya keinginan nak ke sana lebih membuak2

ni muzium padi.. aku dah penah gi skali,.. ingat nak bawak suami n anak aku gi lagi skali tmpt ni..suka tgk lukisan dia yang seolah2 hidup tu..

ni jer satu2 nyer image yang aku bleh paste kat sini berkaitan gunung jerai.. humm, pastu, masa google tadi, rupanya2 gunung jerai dah ada Taman Strawberry.. wah.. aku terus nampak PAVLOVA... hahaha..

huhu..hopefully, dapat aku amik gmbar aku sndiri bersama Hakimi kat sana nanti.. tatau la dapat ke sana ker tak.. tggu entry aku seterusnya nanti..

** Kepada yang dah bercuti sempena cuti sekolah ni, selamat bercuti...

** Mode :- Excited nak balik kampung esok.. walhal, baju lom pack..sbb dah 3 mggu berturut2 kena packing baju..penatt!!


Friday, November 25, 2011

Balik Kampung AGAINN!!!

Hari ni dah gaji.. Alhamdulillahh.. tapi, dah surut dah pon.. bayar itu, bayar ini..tinggal la ciput.. tak pe la bersyukur dengan apa yang ada...

Bebalik kepada balik kampung yang mana aku stresskan perkataan “AGAIN” tu, sebabnya baru last week, aku balik kampung Perak.. then this week pon aku kena balik kampung Perak jugak.. tapi kali ni aku bermalam di rumah FIL plak.. mggu lepas aku bermalam dirumah Tok sedare aku..

Puncanya balik banyak kali ni adalah hal2 yang kebiasaan di kala musim cuti sekolah ni.. KENDURI KAHWIN... mggu lepas kenduri Mak Cik Syuhada.. dan mggu ni plak kenduri Mak Ude Cheq.. dua2 pangkat Mak Menakan aku.. huhu.. diorang ni anak kepada adik Tok aku.. atau lebih senang, sepupu mak aku.. yer, sepupu mak aku semua muda2 lagi, sbb nya, tok aku ni sulung..!

Mggu depan plak, aku balik kampung kedah.. wedding Kakzu.. Kakzu ni sekampung ngan aku.. aku penah dok serumah ngan dia kat KL.. masa tu aku keja kat Keramat. Kakzu ni mmg happy go lucky.. kalau ngan dia, mmg aku gelakkk jer.. ade jer benda2 kecik yang kitorang penjang2kan sampai benda tu jadi lawak tak hengat...!!huhu.. aku berdoa agar segalanya berjalan lancar.. semoga KaKzu & Abg Nizam berbahagia hingga ke akhirnya.. selamat menempuh alam rumahtangga yang maha hebat dugaan nya....

**Tak sabar nak lik Kedah..

Wednesday, November 23, 2011

Review yang TAK BEST semasa sessi memanjakan diri di SPA (Bought it From Mydeal)

Last Monday, aku sampai dari Pantai Remis, arround 11pm.. so pagi tu, aku dah tak daya nak gi opis.. so, i’d took EL for that day... then, aku decide nak gi redeem my spa voucher yang aku beli ngan Mydeal tu hari....

Aku sampai kat situ arround kul 10.50am.. kedai tu lum bukak lagi, memandangkan aku nak mengharungi sessi memanjakan diri selama 3 jam, aku decide utk makan sensowang kat sebuah Restoran Mamak. Beauty House ni betul2 atas restoran ni..

Tepat kul 11, aku pon, terus naik utk memulakan sessi....

First review aku, alahaii, nape la diorang ni tak bukak aircond.. panas seyy...tak pe lagi, aku rilek jer.. then, diorang call utk buat 1st session which is Bubble Milk Bath. Aku dikehendaki salin baju.. ha, dia ade bagi disposable panty utk kita pakai semasa berendam dalam Jacuzzi tu.. huhuhu.. sejuk jer rasa, aku pon tatau ape campuran dalam air tu.. beautician tu cakap mandi susu.. ade susu la kot..time ni dah sejuk dah..:-)

Selepas bubble milk bath, aku dijemput utk buat facial plak. Golden facial ke ape ntah.. so, masa facial ni ok la, diorang ni banyak guna produk shadira. Nasib baik kulit muka aku ni leh terima.. ni la masalah org kulit sensitip nih.. risau jer kalau nak tenyeh macam2 produk nih..kat bilik facial ni yang aku tak gemar sbbnya, ada 2 katil, so, macam tak private.. aircond dia time ni sejuk, aku suka...

Masa beautician ni duk urut2 shoulder, terperasan 1, macam terkena2 kuku die.kuku panjang kot.. Ohh, sakit betul.. tapi, aku senyaapp jer...masa dia urut muka tu, okey la...aku leh menghayati jugak, sampai la this girl scrubkan muka aku..dushh.. sakit siot, macam nak tersiat2 kulit muka aku..rasa macam nak suruh dia wat slow2 sket, tapi, mulut aku ni tak plak tertegur dia.. aku hadap jer la..

Masa dia picit utk buang white head n black head.. masa ni mmg aku sgt tak tahan... aku ni bukan la tak penah gi facial langsung.. tapi, takde la aku rasa sakit macam ni..sedih aku.. aku mmg tak sabar nak habiskan sessi ni.. sbb sakit sgt... lepas picit jerawat ni, dia wat eye treatment n pakaikan aku golden mask.. yang part ni mmg best.. sedappp jer muka.. sbb dah sakit sgt, then di salut ngan golden mask yang sejuk.. sedapp jer rasa...then, tetiba, org sebelah suh slowkan aircond.. dush, dari aku dah rilek2, then, aku jadi panas, n aku dah tak selesa,.. dan aku dah start sakit kepala....!! time ni aku rasa stress.. dtg memanjakan diri utk mengurangkan stress, tapi aku jadi STRESS plak.. aduhai..

Lama jugak aku meresahkan diri dalam keadaan panas tu, bila that girl dtg utk bukakkan mask tu, aku dah rasa lega sket, sbb aku duk bajet dah nak abis.. dan rupa2 nya, ada sessi ginger oil back massage.. dengan harapan, stress aku akan hilang after di massage...dushh.. lagi sekali... SAKIT GILA.. langsung aku tak rasa nikmat di urut.. SAKIT... dr bahagian pinggang, sampai ke leher, mmg sgt2 sakit.. tatau la badan aku yang tak tahan ker, atau mmg this girl ade tangan sakti yang sgt kuat sampai aku rasa sakit sgt2.. bila dah abis, mmg satu kelegaan sgt bagi aku..

Lepas pakai baju semua, aku dihidangkan dengan minuman herba.. yang ni aku leh terima.. sedap la jugak..

Lepas diberi penerangan, aku terus choww!! Aku tak sanggup dtg lagi dah ke beauty house nih.. sbb menambahkan stress instead tujuan utama pergi nak mengilangkan stress..

** sorry, aku terpaksa rahsiakan nama beauty house ni.. bukan aku nak sgt bagi bad review, tapi, i try to be honest..aku tak sesuai kot kat sini.. mungkin!! hmm, anyway, lain org lain pendapat.. out of 10 aku bagi 3 kot kat this beauty house.


** aku ada amik gmbar satu sudut dalam beauty house ni, tapi, aku rasa better tak yah letak.... tapi interior dia quit nice jugak la....

Tuesday, November 22, 2011

TERRRdelete Template Blog

uwaa... siyess macam nak nangis..

aku terdelete . sedih weii sedeyyy..!!!!

Raja Segala Emas buat MALAYSIA


xceli, aku ni bukan lahh peminat bola.. tapi, semalam melangut gak aku tgk bola kat depan TV.. uhuks.

bila kemenangan memihak kepada Malaysia, aku, sebagai rakyat Malaysia mmg sangat2 bangga..

Rembatan hebat Baddrol Bakhtiar yang membawa Malaysia mengekalkan pingat emas yang merupakan raja segala emas kepada Malaysia.. dan kepada semua TEAM HARIMAU MUDA.. caya lahh korang.. !!! TAHNIAH...!!!!

Tgk la keceriaan di wajah HARIMAU MUDA...Terbaeeek yokk..

Friday, November 18, 2011

Brand New Nissan Sentra Sport

Lamanya aku amik masa nak hapdet pasal my brand new white horse ni..(boleh jadi horse ker kalau tak de lambang horse macam ferrari tu..huk..looser!)



Oh ya, tu hari, aku ada jot pasal aku dah letgo my kesayangan kelisa.. naper aku jual?? Sbbnya, aku terpaksa tanggung 2 bijik keter yang mana satu lagi tu satria.. satria ni xceli bukan aku owner.. tapi, aku Cuma guarantor jak.. tapi, cis cis dan cis, owner macam H*R*M tu cuma pakai kete tu setahun dan kemudian kena TARIK..!! b*dOh.. mampu bayar 8 bulan jer.. pastu, aku plak yang terpaksa settlekan keter tu utk bawak kuarkan keter tu.. dan aku terpaksa menanggung selama 5 tahun! DAMNN!!

Selepas hasil perbincangan ngan suami aku, kitorang sepakat nak letgo satria tu.. sbb penat la bayar 2 bijik keter.. then, bila ty nak jual, used car Cuma nak amik 10k jer time tu.. which is kat bank ada lagi dalam 19k gitu.. isk.. then, kitorang posponnnn lagi.. pastu, kitorang rasa letey..bayar memahal 2 bijik kete.. wal hal, pakai yang kecik kelisa kesayangan aku jer..kitorang plan nak jual 2-2 then amik satu kete yang lebih besar..utk keselesaan masing2.

Banyak kitorg tanya, Proton, dia langsung tanak amik keter satria tu....used cars – nak amik satria arround 6-7k shj. Toyota- pon tanak amik satria, just nak amik kelisa. Then kena tmbah lagi downpayment utk new car. Lastly terjumpala seorang kakak sales women nih.. saleswomen Tan Chong.. die kata, dia amik 2-2, satria, tan chong amik, n kelisa dia tolak kat used car yang deal ngan Tan Chong. Huk.. menarik.. tapi, harga kereta yang kitornag bekenan time tu, 500 lebih dr yang kitorang dok bayar sekarang.. wooooo hooo.. tak bleh.. tak mampu den!!.. **ohh sylphy, apakan dayaku....aku tidak mampu memilikimu...

Then, lastly after beberapa kali follow up.. mmg btul2 bagus akak tu buat keje.. lastly aku tanya keter yang lebey murah sket.. then.. dia cakap ade...lepas tu wat kira2 + without downpayment.. woow.. maybe this is the time.. so, aku ngan suami aku decided amik keter nih.. SENTRA SPORT.. wuuu whuhuhu.. bila baca review pasal this car, ramai org kata, Sentra ni performance tak bagus la.. ugly car la..mcm2 bad review lahh!!! Terasa plak macam looser.... tapi, for me, tu jer yang mampu.. walau camana pon, aku sayang this car macam aku sayang kelisa aku dulu..

 **xceli nak citer pasal NISSAN Service Centre.. tpi, buat perkenalan dulu la sebelum citer pasal service.


Thursday, November 17, 2011

Free TGV Tickets from Nuffnang..

Semalam aku MC.. tetiba sakit kepala yang teramat sangat.. lepas jer dapat MC, aku balik rehat kejap..then, tghari tu, aku teringat email from nuffnang pasal ticket wayang free.. 


aku terus ajak suami aku gi amik.. main redah jer sbb tatau kat mana Heritage House tu.. naper Heritage House?? Ye la.. office Nuffnang kan kat situ...aku kena gi collect tickets tu kat office Nuffnang..

Sesampai jer aku kat Jalan Yap Ah Shak tu, aku mmg tatau which building yang nama dia Heritage House. Aku suh suami aku drop aku, then aku berjalan2.. sampai kat satu building putih ni, aku nampak kat pintu kaca dia ada tulis Heritage House... yess!! this is the place..!! Masuk terus berdepan ngan Lif, isk, tingkat baper la office Nuffnang ni.. sib baik ade Level Infomation kat situ.. lama jugak aku meneliti nama2 company kat situ.. rupanya2 Nuffnang office kat tingkat 12B.

Aku terus masuk dalam liff..sampai depan pintu Nuffang office, aku tekan loceng.....ada sorang Nuffnang Staff ty aku, “want to collect tickets??”. Aku jawab “ha ahh”.. dia suh aku masuk..masuk jer, teruja aku ngn working environment diorang.. cozy betull..:-)suke aku tgk..

Ade lg sorang staff dtg entertain aku, ty aku nyer email.. then, dia check nama, sign, DONE......  I got 4 complimentary pass from TGV..



Exceli, dah lama aku ni tak tgk wayang... since aku kawen, aku tak penah gi tgk wayang...eh, penah sekali, tgk 2012.. tu pon masa gi Kuching selepas kerja2 UAT selesai..kalau dengan suami aku, mmg dah lama tak penah pi.. mmg aku ingat nak gi gak la tgk ape2 citer yng boleh di layan..!! tambah2 lagi dapat FREE Ticket from TGV....


Last but not least, Thank you Nuffnang!!!... Thank you TGV.. !!!



Tuesday, November 15, 2011

Hakimi jatuh & terhantuk!!

balik jer dari keje, aku lapar sangat2.. tgh drive, mmg terbayang2 dah nasik lemak lori depan kedai runcit tu.. humm, sedapnyer la kan kalau sampai2 rumah bleh bukak bungkusan nasik lemak dan NGAP! mengenyangkan perut..

tapi, bila sampai jer kat depan kedai runcit tu... uwaa, kedai tu tutup..!! aduh.. kuciwa..kuciwa..dgn hampa, aku drive terus balik umah.. sesampai kat parking, aku ajak suami aku gi makan...huhu.. so, kami tiga beranak gi makan..

makan dalam keadaan lapar mmg lah sgt nikmat!!!..

pas makan, bergegas balik sbb nak tgk citer TENTANG DHIA kat tv..! santai punya santai tgk tv. then, dengar bunyi GEDEBUK dan hakimi menangis.. uwa.. alamak.. anak aku jatuh.. sian dia.. bila aku amik hakimi dan peluk dia, dia masih menangis, dan muntah..!! ya Allah, hati aku gusar sgt2.. nape la aku lalai sgt ni.. lepas nyusukan dia, Hakimi nmpak lebih tenang, dan tangisan dia dah reda..!.. aku pon belek2 kepala dia to ensure dia OK, alhamdulillah, takde lebam, tak de bengkak... tapi, hati masih risau takut effect bahagian dalam..! since malam tadi, aku tgk Hakimi takde apa2.. mungkin dia terkejut..

Hakimi, maafkan mama.. mama lalai..!! sibuk besarkan citer TV tu lagi dr jaga anak mama.. mama mintak maaf sayang..!!mama janji mama akan jaga Hakimi dengan lebih baik...

Monday, November 14, 2011

Hakimi 10 bulan sudah...

See!! this ticker showed that my adorable precious son is already 10 month old.....

Alhamdulillah.. setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada yang maha Esa.. !! Hari ni genap usia Hakimi 10 Bulan.. siyess, aku bahagia dapat tgk perkembangan Hakimi di depan mata aku.. :-)..aku mmg tak sanggup kalau nak berjauhan dengan dia.. huhu.. ade jugak yang minta nak jaga Hakimi kat kampung..., ohh tidak, mmg aku takkan bagi..aku sanggup bersusah payah utk anak aku...

Kebanggaan aku ketika ini adalah, 10 bulan hakimi membesar dengan susu ibu.. susu yang terbaik di dunia.. ya.. aku masih berjaya menyusukan Hakimi sehingga ke saat ini.!!trima kasih Allah...dan aku masih mengejar utk menjayakan misi mendapatkan degree penyusuan apabila Hakimi genap setahun nanti..

antara perkembangan Hakimi diusia 10 bulan ni adalah seperti berikut :-
  • dah boleh merangkak.. (dah laju macam peluru)
  • sekarang dah belajar memanjat.
  • asyik nak berdiri jer walhal kaki belum larat lagi nak berdiri.
  • mulut yang sangat bising...(meriah umah...kalau kat public pon bising..)
  • suka main bakul persiapan dia.. (penat mama n papa belikan toys, tapi botol  bedak jugak dia nak main..)
  • Suka sengih cute apabila tgk citer upin ipin kat handfon papa (hai... saya upin, ni adik saya ipin..!! haiii!!! - waktu ni, dia suke sengih nampak gigi dia..cute gell!!!)
  • gigi dah ada 2 btg kat bawah.. kat atas baru menunjukkan rupa..(sakit oo kalau kena gigit)
  • pandai pok amai2.. (tgh tido pon nak pok amai2.. adoyaiii...)
  • pandai bye bye.. (babai yg bersepah..hahah..)
  • suka MAKAN!!! (same macam mama,... uwaa..)
  • Suka wat geleng2 kepala.....(leng leng leng tergeleng2..damn CUTE!!!)
Tika type entry ni, aku rasa rinduuu ssgt kat Hakimi.. tak sabar nak balik sbb seronok dia sambut aku bila aku bagi salam dan nampak aku dimuka pintu..!! alahai.. miss you la anak mama..!!!!

Saturday, November 12, 2011

yeah,.. my new hair cut..

yea yea.. aku dah gunting rmabut fringe.. huhuhuhu..

lama tingin nak gunting rambut cenggini.. akhirnya dapat...





lebih kurang camni la rmbut aku.. hahaha...~~tp ni bukak aku..ni hasil dr godekan di google~~

Friday, November 11, 2011

Breastfeeding - Reverse Cycling term...

semalam masa online FB aku tanya2 kat geng2 KIM.. tentang keadaan Hakimi sekarang yang tak berapa nak mau minum EBM pada siang hari.. pepagi aku hantar 4 botol and 4oz each.. 1 pon tak abis.minum 1 oz jer.... mak aii.. rugi jer terbuang yang dah dipanaskan gitu jer..aku jadi pening, camana la nak bagi dia minum susu balik nih...

bila aku ty kat KIM, rupa2 nya ade term REVERSE CYLING ni.....
disebabkan tak bleh nak online FB kat opis ni, aku just paste notification from email..


lepas jer aku baca comment from Nader Rara, aku terus google..

ni hasil godekan aku di google.. menemukan info pasal reverse cycling di Kellymom.com


What is reverse cycling?

 Reverse cycling is when baby nurses frequently at night and less frequently during the day.
 Why do some babies reverse cycle?
•Newborns may reverse cycle in the early days or weeks simply because they have their days and nights mixed up.
•Distractible (and/or very active) babies or toddlers may nurse more at night to make up for missed or shortened nursing sessions during the day.
•If mom is very distracted or busy during the day, baby may nurse more at night to make up for missed or shortened nursing sessions, or simply to get more uninterrupted time with mom.
•If mom is away from baby during the day, baby may take just enough milk (by bottle or cup) to "take the edge off" his hunger, then wait for mom to return to get the bulk of his calories. Baby will typically nurse more often and/or longer than usual once mom returns. Some mothers encourage reverse cycling so they won't need to pump as much milk. Reverse cycling is common for breastfed babies who are away from mom part of the day, especially those just starting out with the bottle.
Tips for handling reverse cycling


General coping tips for interrupted sleep:


•Sleep late or go to bed early when possible. When you're at home with baby, nap when your baby naps.


Keep baby as close as possible during the night to maximize sleep for everyone. Some options are to have baby in bed with you, in a bed adjoining your bed, or in a bed in the same room.
 •More tips:
◦Maximizing sleep when baby nurses frequently
◦If you need a nap and your toddler doesn't
◦Nighttime and Sleep Resources
If your newborn has days and nights mixed up:
•During the day, keep the lights on and go on with your normal daytime activities -- don't keep things dark and quiet where baby is sleeping. Play with and talk to baby during waking times. Wake baby to nurse every 2-3 hours.


•During baby's night wakings, keep everything calm, quiet, and dark (if you need a light to breastfeed, try using a smaller light like a nightlight or closet light). At some point you may want to begin a bedtime routine (such as bath, story, breastfeeding) to signal that nighttime has begun.
 When mom is busy or distracted:
•Consider using a sling or other baby carrier so that baby can be with you and breastfeed while you go about your day.


•Be aware of baby's typical breastfeeding routine, and remember to watch for baby's cues on busy days -- this is easiest when baby is close by.


•Be aware that after a really busy day (we all have them!), your child may need some one-on-one time with mom to breastfeed and reconnect.
•Tips for juggling a newborn and toddler


If your baby is distractible, see The Distractible Baby for tips. Do babies under 12 months self-wean? has additional tips for distractible older babies.


If baby is reverse cycling and taking very little milk when mom is away at work:<-- aku bold and redkan text ni sbb mmg ada terkena atas batang hidung aku... ngan aku
Be patient. Try not to stress about it. Consider it a compliment - baby prefers you! <- ooh rupa2nya aku kena sabar...
 •Use small amounts of expressed milk per bottle so there is less waste. <- i did it sekarang nih....
•If you're worrying that baby can't go that long without more milk, keep in mind that some babies sleep through the night for 8 hours or so without mom needing to worry that baby is not eating during that time period. Keep an eye on wet diapers and weight gain to assure yourself that baby is getting enough milk. <- aku kena start tgk ni
•Ensure that baby has ample chance to nurse when you're together. <- mmg buat gini pon slalu.. sbb kesian kat dia tak minum siang hari
•If you prefer to pump less milk while you're away from baby, you may choose to encourage baby to reverse cycle. <- alamak..!! adakah semuanya berpunca dari aku?aku kdg2 pam 2 kali jer kat opis.. kadg2 sekali..

Setiap kali aku balik keje, dan bagi salam (either masa aku baru nak amik hakimi or bila dah dia balik ngan papa), dia terus pandang aku, dan merangkak meluru dengan laju macam peluru nak gi kat aku.. mmg perasaan yang sgt2 tak tergambar.. gembira bila disambut pulang dari keje dengan wajah senyuman anak.. Terdetik di hati ku..."Ya Allah, sungguh besar dan sungguh indah "anugerah" yang Allah bagi kat aku..." Syukron Jazilan....!!!...

Izni Aisy Hakimi.. how precious you are to me.. I love you darling intan payung sayang mama...

Di sekitar Majlis Korban Aidil adha (akikah Hakimi)





Thursday, November 10, 2011

Sakitnya Putus Cinta

Penah tak aku putus cinta? jawapannya mmg pernah.. masa zaman muda2 dulu.. haha.. tapi, takde la aku ni putus cinta sampai tak leh nak wat ape satu pon.. aku masih bangkit untuk meneruskan hidup aku.. 1st time aku putus cinta, semasa aku bercinta cyber nih.. wahh ade cinta cyber.. haha.. macam cinta monyet la gak kut.. sedih gak time ni.. tp, aku still keep on mencari cinta...try kawan ngan dak Sabah..huhuhu.. kelakar.. then putus sbb dia nak balik sabah.. ngan dak sarawak, pon tak kemana...huhu,

pastu, ada jugak aku try nak bercnta ngan kawan baik aku.. tapi, bila declare, aku trus rs tak selesa,..so, aku buat keputusan nak truskan jadi kawan baik dia jer..huhu.. break lagi... then, setelah keje di Alor Setaq, aku bercinta dgn Z.. tapi, tak lama, sbb aku amik keputusan utk kerja di KL...soo.. aku wat keputusan nk putus sbb rs tak kemana... aku mintak putus, tapi, aku yg gheyau..huhu..

pastu, aku bercinta plk dgn sorg mamat damn stupido.. 3 bulan ja aku baik ngn dia..pastu byk gaduh.. cukup setahun, aku dpt tau dia mmg ada pompuan lain.. mmg vavi.. aku mmg gheyau..satu malam aku gheyau..  tapi bukan sedih sbb break ngn dia.. tapi sbb bengang aku habiskan masa aku setahun ngn dia.. tapi, ada jugak benda yg aku bersyukur, sbb kerana dia aku jumpa n kenal suami aku..

ni antara beberapa tip2 utk org putus cinta.. walaupun kita putus cinta, tetapi, life must go on..ikut rasa binasa, ikut hati mati.. fikir dengan menggunakan akal yang waras.. jgn buat benda2 yang tak sepatutnya...
1. Jangan Bertemu dengan Bekas Kekasih Sementara Waktu
Setelah putus cinta, elakkan bertemu atau berkaitan dengan bekas kekasih anda.Perasaan sayang yang masih ada mungkin mendorong anda untuk menelefon, menghantar mesej teks atau bertemu dengannya. Tapi tindakan ini justru akan mengingatkan sakitnya putus cinta. Anda harus benar-benar putus hubungan dengan si dia, sekurang-kurangnya untuk beberapa bulan bagi menyembuhkan rasa sakit hati.

2. ’Nikmati’ Rasa Sakit Itu
Adalah hal yang sangat wajar ketika kita kehilangan seseorang yang dicintai. Saat merasakan sakit, itu bererti sebuah tanda bahawa anda sedang dalam proses penyembuhan. Menangislah jika anda ingin menangis, dan berteriaklah jika memang itu bisa membuat perasaan sedikit lega. Rasa sakit setelah putus cinta boleh menginspirasi anda untuk mengerjakan sesuatu yang lebih baik, yang tidak pernah anda lakukan sebelumnya.

3. Menyibukkan Diri
Cara terbaik menyembuhkan luka kerana putus cinta dan melupakan si dia adalah dengan menyibukkan diri. Anda tidak akan memikirkan bekas kekasih jika tidak memberi kesempatan pada otak untuk mengingatinya. Cubalah aktif dalam pelbagai kegiatan. Pilih aktiviti yang anda senangi. Tidak hanya menyegarkan fikiran, banyakkn aktiviti luar juga boleh mengalihkan fikiran anda daripada si dia.

4. Curahkan Kesedihan Anda Hanya Kepada Teman Dekat
Boleh saja menceritakan bagaimana sakit hatinya anda selepas putus cinta. Tapi bukan bererti anda boleh membicarakannya kepada setiap orang yang anda temui.Bukannya bersimpati, tindakan ini justru boleh membuat teman-teman menjauhi anda.Biceritalah hanya pada teman-teman atau orang yang dekat dengan anda, yang cukup mengerti anda dan mahu mendengar setiap keluh kesah. Akan lebih baik lagi jika orang tersebut boleh menenangkan, mencarikan penyelesaian dan menggalakkan anda untuk meneruskan hidup.

5. Tumpahkan Perasaan anda dalam Tulisan
Menumpahkan semua kekesalan dalam tulisan boleh jadi alternatif lain untuk meredakan sakit hati akibat putus cinta. Keluarkan semua rasa sakit, kecewa dan kemarahan anda dalam buku harian, sehelai kertas atau komputer (tapi jangan menyebarkannya ke kumpulan e-mel atau rangkaian sosial). Setelah sembuh nanti anda boleh membacanya semula sebagai alat introspeksi untuk menjalin hubungan yang lebih baik dengan pasangan berikutnya.

6. Meditasi
Meditasi adalah salah satu teknik lama untuk menenangkan fikiran yang tegang. Duduklah dengan tenang di dalam bilik, tutup mata, ambil nafas dalam-dalam, dan keluarkan secara perlahan. Sambil santai, anda boleh menjauhkan perkara-perkara negatif dari fikiran anda. Nyalakan lilin aromaterapi dan muzik instrumental untuk menambah perasaan tenang saat bermeditasi.

7. Beri Perhatian Pada Keluarga
Orang tua, kakak mahupun adik mungkin adalah orang-orang yang berpengaruh besar pada kehidupan anda. Mereka akan selalu berada di sisi anda saat senang mahupun susah. Saat menjalin hubungan cinta dengan bekas kekasih, mungkin anda tidak memberikan banyak masa untuk keluarga. Inilah saatnya untuk anda memberikan masa dan berkumpul bersama keluarga. Cuba ajak mereka beriadah atau sekadar makan malam bersama. Kehangatan keluarga merupakan ubat paling mujarab untuk menyembuhkan luka.

8. Fokus pada Kerjaya
Jangan sampai kesedihan mengganggu prestasi kerja anda. Mungkin akan sukar menumpukan perhatian kerja saat kita di timpa masalah. Tapi cubalah untuk menjadikan kerjaya sebagai keutamaan dalam hidup anda. Dengan fokus dalam bekerja, tak hanya membantu anda melupakan sakit hati, tapi juga meningkatkan prestasi kerja anda di pejabat.

9. Nikmati Kesendirian
Sembuh dari sakit kerana putus cinta memang bukan hal mudah. Kerana itu, anda memerlukan waktu menenangkan diri untuk beberapa lama. Jangan terus cuba jalin hubungan baru setelah putus cinta untuk melupakan bekas kekasih anda

Aidil Adha & Akikah for Izni Aisy Hakimi

Daripada awal2 kelahiran Hakimi, mmg aku ngn hubby tanak wat akikah semasa majlis cukur jambul tempoh hari.. sbbnya, masa majlis cukur jambul, kitorang nak wat majlis kecil-kecilan sahaja.. so, kitorang dah sepakat, nak selesaikan akikah Hakimi semasa raya haji...

Aqiqah berasal dari kata ‘Aqq yang berarti memutus dan melubangi, dan ada yang mengatakan bahwa aqiqah adalah nama bagi hewan yang disembelih, dinamakan demikian karena lehernya dipotong, dan dikatakan juga bahwa ia adalah rambut yang dibawa si bayi ketika lahir. Adapun maknanya secara syari’at adalah hewan yang disembelih untuk menebus bayi yang dilahirkan.[1]

Hukum aqiqah menurut pendapat yang paling kuat adalah sunnah muakkadah, dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama, berdasarkan anjuran Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Sallam dan praktik langsung beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam. “Bersama anak laki-laki ada aqiqah, maka tumpahkan (penebus)darinya darah (sembelihan) dan bersihkan darinya kotoran (Maksudnya cukur rambutnya).” (HR: Ahmad, Al Bukhari dan Ashhabus Sunan)

Perkataannya Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “maka tumpahkan (penebus) darinya darah (sembelihan),” adalah perintah, namun bukan bersifat wajib, karena ada sabdanya yang memalingkan dari kewajiban yaitu: “Barangsiapa di antara kalian ada yang ingin menyembelihkan bagi anak-nya, maka silakan lakukan.” (HR: Ahmad, Abu Dawud dan An Nasai dengan sanad yang hasan).

Perkataan beliau Shallallaahu alaihi wa Sallam, yang artinya: “ingin menyembelihkan,..” merupakan dalil yang memalingkan perintah yang pada dasarnya wajib menjadi sunnah.
Penerangan lebih lanjut di http://id.wikipedia.org/wiki/Aqiqah

Harga untuk sebahagian (1/7) lembu pada tahun ini adalah RM380.. alhamdulillah, Allah memudahkan urusan aku dan suami dalam hal ini..


Yang paling menggembirakan aku pada tahun ni, rumah aku dikira macam tuan rumah utk adik badik ku berkumpul.. huhu.. disebabkan tahun ni maksu n paksu aku kena beraya di Kg paksu di Alor Setar, Tok n Wan beraya aidil adha di rumah aku.. huhu.. bertambah plak kakak aku yg kat Miri pon balik.. huhu.. pastu, adik aku D.wan yang belajar di PJ pon dtg jugak.. kuarga cikebal bal bal aka adik aku http://mamajuepapamimi.blogspot.com dari beranang pon datang beraya di umah aku... best berkumpul reramai walaupun umah aku besaq kelemboi ja..:-).. nasib baik umah kakak aku berdepan ngan umah aku.... weee hooo...


Pada malam hari raya, kat flat umah aku ni ada takbir hari raya dari rumah ke rumah.. disebabkan umah aku lintang pukang, aku tak ready diorang dtg untuk takbir raya kat umah aku.. huhu.. tahun depan lah.. hahahha.. persatuan penduduk jugak ada mintak sesiapa yang nak dermakan juadah pada malam tersebut.. ptg tu, aku bertungkus lumus mengukus kek pisang utk didermakan.. fuhh!! Letey tul.. tapi alhamdulillah, menjadi kek pisang aku.. nyummy...!!!


Pada pagi raya, kami bersarapan ngn ketupat palas.. uhuhu.. yang ni aku buat.. ceehh.. ya ka aku buat.. ? huhu.. dak dak dak.. tok ngn aku yg wat.. tok dah tak larat nak kacau pulut,so, aku la yg gigih mengacau pulut...:-P...


Lepas bersarapan dan yang lelakinya, gi solat hari raya aidiladha, aku bersiap n siapkan hakimi utk turun bawah tgk Lembu yang akan dikorbankan..  Tahun ni flat aku ni cuma tumbangkan 2 ekor lembu ja.. tak macam tahun lepas 4 ekor.. bila tgk lembu yang di sembelih, hati aku terdetik, Alhamdulillahh, tertebus dah kelahiran Hakimi dengan akikah yang aku wat ni.. moga diterima Allah.. Aminn...


(hapdet gambar sekitar activity korban akan di upload kemudian..asyik lupe jer bawak gambar)

Tuesday, November 8, 2011

New Job Offer...


bukak2 jer email tadi, aku dapat satu job offer dari jobstreet..

QA supervisor.. area Jalan Sultan Ismail.. hum...

tapi, aku rasa aku tanak quit my current job.. walaupun jauh aku ulang alik dari Ampang ke Sepang, tapi aku enjoy ngan keja aku skang..

anyway, thanks Lina...

Hadiah untuk diri sendiri...**from mydeal.com.my

takde orang nak bagi adiah ari tua aku.. T_T...uwaa..uwaa..uwaaa


so aku pun grab la sumthin from mydeal.. hadiah untuk diri sendiri..

dengan harapan, dapatlah aku memanjakan diri aku ni di spa tanpa membayar harga yang mahal..uhuks.. bunyi macam kedekut jer aku ni.. hahah...


**tak sabar nak wat reservation..

Friday, November 4, 2011

Rindu pada "dia".. ohh my x-kelisa tertomey tomey...

tetiba aku rasa rinndu amat dekat cik kelisa aku nih.. walaupon die kecik molek.. aku sayang sgt kat dia.. huhu.. sepanjang 6 tahun cik kelisa bersama ngan aku, tak penah dia meragam.. mmg dia pon sayang kat aku jugak la..(uhuk.. tapi aku tau dia syg kat aku.. kalau dia rosak tgh jalan, aku kan suka gheyau.. uwaa...so, dia tak bagi aku gheyau sorang2 tgh jalan la kan???)





pasai pa aku sayang sgt kat cik kelisa ni.. ni la my first car aku.. uwa.. bersusah payah aku nak mendapatkan dia.. walau pon begitu, ade jugak upacara sedih disebalik keta nih.... susah2 aku beli n bayar keta aku, ada la makhluk Allah yang sgt damn stupido a.k.a bekas marka aku yang macam h*r*m boleh bawak awek dia naik keta aku ni.. cisSssS.. mmg aku tak ampunkan dia..mampus la kau hidup dalam dosa ko kat aku..






gambar sejurus sebelum aku berpisah dengan dia...









siyes aku cakap, bergenang jugak air mata aku masa dok tangkap gmbaq nih.. sedeyyyy....








last time aku hantar bagi cik kelisa aku mandi.. isk isk isk.. mmg aku sedih ... uwaa..




Last date cik kelisa bersama ngan aku :- 15/6/2011



****Cik kelisa..smoga tuan baru ko baik macam aku.....(ade situasi kepoyoan di sini, hahahhaha..)

Wednesday, November 2, 2011

dua november dua ribu sebelas...

apa ade ngan tarikh nih? tarikh 2 november mmg tarikh yang aku tggu setiap tahun.. ye la kan,, birthday aku kan.. wahh.. happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me... happy birthday tooooooo me.....

Usia aku sudah menginjak pangkal 3 ni? huks.. dah 30 tawun aku ni.. dewasa sudah.. tapi, apa kepuasan yang aku dapat selama 30 tahun (ngeri plak bila banyak2 kali dok sebut angka nih) menghirup udara2 segar nikmat dari Ilahi ni??




(Aku.. tatkala berusia 30 tahun)


apa perasaan aku hari nih? suka kah aku di hari kelahiran aku nih?? ntah la.. yang pasti tahun ni tak seperti tahun sebelum2 ni yang mana aku rasa gembira sgt bila tiba tarikh nih.. tapi tahun ni, aku tatau nak gambarkan camana perasaan aku tatkala nih..

boleh tak kalau aku kata, hati aku takde rasa gembira pon hari nih.. hati aku rasa mcm sayu, macam sedih and yang lebih tepat aku rasa, aku rasa tak best la hari nih..

bukan sbb aku tak bersyukur.. sungguh aku bersyukur kerana Allah masih memberi aku peluang hidup di dunia nih..

mungkin jugak sbb satisfaction in life aku ni dah hilang.. aku plak tatau camana nak achieve semua kepuasan2 dalam hidup. arrghh,,.. bunyi macam aku ni manusia yang tak tau bersyukur plak..T_T...

ape ekk yang aku dah dapat sebelum aku 30 tahun nih??

Cinta -alhamdulillah, pencarian cinta aku berakhir, aku dapat sebuah cinta dari suami aku..
Pasangan hidup-bila dah ada suami, ade la pasangan hidup aku.. (mmg aku sayang dan chenta suami aku sgt2)
Anak - anugerah dan amanah Allah yang sgt tidak dapat digambarkan.. Izni Aisy Hakimi penyeri keluarga kami..
Kerjaya - aku bersyukur dan berpuas hati dgn kerjaya aku sekarang..
Kereta - dulu aku tak abis2 merungut kereta aku kecik.. balik kg pon penuh satu kete sbb bonet sgt kecil ok.... alhamdulillah, aku dah diberi rezeki utk tukar kereta yang selesa sikit dr Cik Kelisa aku dulu.. (siyess aku masih rindu cik kelisa aku.. yang sgt byk berjasa pada aku..apa khabar ekk die ngan Tuan baru?
kehidupan - kehidupan aku, takde la mewah dan takde lah susah, Alhamdulillah, cukup2 makan org kata.... ada tika aku rasa sesak jugak hidup nih... tapi, takde la sampai meminta makan dari org lain...

bila tgk dot dot tu, takde la looser sgt aku ni kan.. resah gelisah hati aku ni kurang la sikit..bagus jugak yer bila luahkan perasaan dalam blog ni, terubat jugak sikit hati nih..... (thanks blog!!!)

walau camana pon, aku tetap meneruskan hidup aku seperti biasa.... bak kata orang, life must go on.. banyak jugak wish list aku setelah aku berusia 30 tahun nih.. antaranya :-

1. aku nak jadi seorang wanita yg lebih baik. (wanita tu.. huhuhu.. tak agak2)
2. aku nak jadi seorang mama yang terbaik kat Hakimi..(bila org ty Hakimi nanti “mama baik tak?”, aku bangga kalau dia jawab “Mama Kimi BESSSST”.. bangga gila aku masa tu)
3. aku nak jadi seorang isteri yang baik.. (sekarang aku tak baik ker? Hhaha.. baik jugak..!! nasib ler puji diri sendiri kan)
4. aku nak punya kediaman sendiri.. siyes aku jeles bila tgk org lain dah ada rumah sendiri. Mmg rumah sekarang rumah suami, tapi, rumah tu nama my MIL n suami, apa yang aku nak, rumah baru kami, nama aku + suami.. sekurang2nya, rasa harta sendiri...


tu lah antara2 nya.. panjang pulak kan aku berceloteh.. hihi. walaupon senarnya, aku hanya nak meluahkan rasa sedih aku di pagi birthday aku nih...

kepada yang wish, terima kasih... Love you all...