Pages

Tuesday, January 3, 2012

2011 review..Sedih dan Gembira bersatu..!

jom kita recap back apa yang aku alami sepanjang tahun 2011..

2011, mmg tahun bermakna untuk aku.. tahun yang dah membawa gelaran "mama".. tak sangka, aku dah jadi seorang ibu.. wanita mana yang tak impikan utk menjadi seorang ibu..

January...
seawal bulan pertama, aku telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang dinanti2 pada 14/1/2011.. dan diberi nama Izni Aisy Hakimi b. Izamuddin.. bersempena cinta aku dan suami, Izni termeteri di nama anak aku, dan untuk nama anak2 kami yang seterusnya nanti.. InsyaAllah..

February..
end of February, aku habiskan sessi berpantang aku.. walaupon aku berpantang sorang2.. sape yang tau sedih aku, susah aku semasa pantang..? nangis aku? ade ke orang tau?? hanya suami aku yang menjadi peneman aku.. semua pon suami aku yang buatkan.. dari masakkan nasik dan sayur utk aku makan, sediakan air mandi aku, ikatkan bengkung utk aku, panaskan tungku..mandikan baby, siapkan baby, semuapon suami aku yang buat...(tok dtg setelah 3 mggu aku sendirian- sbb tok dapat musibah di mana tok jatuh tangga sma hari aku melahirkan Hakimi.) Nasib jugak lah ade adik aku, Jueliza yang dtg menjenguk aku..FIL?? hmmm, ntah la.. dekat jer.. tapi tatau la .. yer lah..aku ni bukan pilihan..!

walaupon tok hanya teman, tapi sekurang2 hilang juga rasa sunyi dan sedih aku semasa pantang.. tau tak, hanya alunan Yaasin yang jadi peneman aku sepanjang tempoh aku berpantang...aku takut, di hasut syaitan semasa tekanan perasaan yang aku alami...!

March..
Majlis kecil kecilan dijalankan, upacara potong jambul. sedikit kenduri doa selamat dijalankan.. yang bertungkus lumus, kakak aku... terima kasih sis...

April..
hidup diteruskan.. kebahagiaan kami sentiasa bercambah dari hari ke hari....then dushh..!!aku dikejutkan dengan cerita yang aku ni seolah-olah tidak diterima oleh mereka.. banyak fitnah yang dilemparkan terhadap aku termasuklah dikatakan aku ni bomohkan suami aku sendiri...--> boleh baca kat entry nih. hidup aku, mmg dalam tekanan..!!!aku mmg tak leh trima.. sampai sekarang "sakit" tu masih terasa.!

Hakimi warded masa ni...bronchitis.!

May..
aku abaikan setiap apa jua tohmahan org.. aku teruskan kehidupan aku dengan melihat perkembangan anak aku.. masa ni anak aku dah start meniarap dah..!!! seronok tgk perkembangan anak...

June...
alhamdulillahh.. bulan june ni, aku dapat selesaikan hal berkaitan keter damn stupid satria.. walaupun terpaksa aku letgo kelisa kesayangan aku.. dan sebagai pengganti, Nissan Sentra Sport menjadi milik ku juga suami..bulan ni pon sekali lagi Hakimi warded.. sbb demam dan also bronchitis...:-(

July...
Hakimi dah start solid food.. hmm, Alhamdulillah.. Hakimi dah pon 6 bulan...!

August...
Ramadhan.. dan Raya.....kali ni first day raya di Cheras Baru.rumah mertua aku... seperti biasa, aku abaikan apa yang aku rasa demi suami tercinta..dan pulang ke Kedah pada Raya ke 3..First day raya bersama Hakimi.. :-)

September..
aku tak ingat apa jadi bulan 9 nih.. uhuhuhu..

October..
Again.. Hakimi demam n warded lagi sekali..!! sbb demam dan bronchiolitis.. hati ibu mana yang tak susah bila anak sakit dan masuk spital..setiap malam aku solat hajat semasa di hospital.

November...
bulan birthday aku.. nothing special....

Disember...
Bulan birthday Suamiku.. kek jer buat papa.. dan ada special hadiah from aku sebagai isteri..
bulan ni jugak, adik aku Jueliza, melahirkan anak ke 2... Iqram Haqimi..!
Kakzu juga selamat menjadi isteri Abg Nizam..

ini lah dia antara rentetan 12 bulan dalam hidupku.. 12 bulan yang penuh ranjau for first time mom nih.. biarlah apa jua org nak kata.. biarlah apa jua kutukan org, asalkan aku bahagia dengan Family kecik aku..

2 comments:

  1. suka duka hidup..

    be strong and be happy

    ReplyDelete
  2. ha ah bungangkasa, setiap orang mempunyai seribu satu cerita berbeza dalam hidup masing2..

    thanks bunga angkasa..

    ReplyDelete