Pages

Monday, January 16, 2012

Breastfeeding : My Journey :: Handling and Storing EBM

Okeh, aku continue ngan next topic... handling EBM.. camana aku store?

Macam aku cite kat korang dulu, aku cuma beli perkakasan nak BF kat enjoybreastfeed.com . makanya, storage bottle pon, tu ja yang aku ada..seingat aku, aku cuma ada 8 storage botol jer.. sikit kan? Betul.. banyak tu jer aku ada sampai la sekarang! Dr hasil pembacaan aku, rata2 kebanyakan nya letak gambar EBM dalam botol yang sgt banyak.. maknanya, banyak la kan botol2 diorang kan..? tapi, aku cuma ada 8.. camana aku wat?? Aku beli storage plastic bag tu utk buat beku..jgn risau.. its practikal.. sangat practikal...!

Aku start pump, masa aku dalam pantang...tapi ,masa tu, aku tak dapat wat stock banyak pon.. aku perah cuma dapat 2-3oz jer per session.. mana nyer dengan cik N luka dan berdarah.. mana nyer kalau dah direct feed Hakimi, langsung setitik pon dah tak kuar.. camana nak kuar kan, kalau sejam sekali aku terpaksa menyusukan hakimi..sbb awal kelahiran hakimi, hakimi juga tak terlepas dr penyakit jaundice.. nyusukan Hakimi dengan banyak adalah penawar mujarab untuk jaundice.. setiap sejam aku mesti susukan Hakimi.. bila terkenangkan balik, aku rasa macam nak menangis.. sbb banyak dugaannya ketika ini..aku cerita kat topik seterusnya k...

Start aku keje, masa ni, mmg aku betul2 berusaha utk buatkan stock yg banyak utk Hakimi.. aku pam 3 kali di opis.. kul 9pagi > kul 12.00 > kul 4pm.. hari2 without missed.! So setiap sessi, aku akan dapat purata dalam 4oz per session for both B.!! So that, 3 kali aku pam, aku akan berhasil untuk membawa pulang 12oz per day. Kalau dapat lebih tu kira bonus la.. kalau aku dapat dalam 5-6oz per session, aku rasa macam nak bangun n menari2 kat situ.

Semasa perah di office, susu yang aku perah tu aku cuma simpan dalam ice bag aku.. dalam ice bag tu ada 3 ice pack..!satu icepack leh tahan dalam 16jam.. so ada 3..sepatutnya leh simpan la sampai aku balik keje.. and its really works.. mmg ice tu tak cair habis pon.. aku start kuar umah kul 6.30am dan aku sampai dirumah 6.30pm.. 12 jam tu.. dah la travel gi keje dengan ERL.!!!

Serius aku nak citer, stock aku hanya ada beberapa pack saja dalam peti ais aku tu.. masa tu aku cuma pakai peti ais 1 pintu.. nak beli baru pon belum mampu masa tu... dan keperluan EBM untuk Hakimi di rumah Babysitter pada masa tu adalah 4 botol.. which mean, 4botol x 4Oz each botol = 16Oz.. Allahuakbar.. aku cuma berjaya hasilkan 12oz perday..!! ya Allah..then, apa yang aku buat,?? aku perah hari ni, utk kegunaan esok.. dan aku tambah lagi sessi perahan pada kul 5 pagi.. sejurus bangun dr tido, aku mesti perah utk dapatkan sekurang2 4oz lagi sebagai bekalan utk Hakimi.. kalau ada lebihan dr 16oz sehari aku perah, aku akan asingkan utk dijadikan beku ataupon utk sarapan hakimi sebelum suami aku hantar ke babysitter...

Bagaimana aku wat EBM stok beku???Aku cuma wat EBM beku hanyalah dengan hasil perahan pada hari Jumaat.. sbb sabtu ahad, aku cuti, so that, weekend aku direct feed. Pada weekend juga, aku akan pam 2 session hari sabtu, dan 2 session hari ahad untuk bekalan hari isnin. Kadang-kadang, bila time susu aku merudum, terpaksa juga aku gunakan stok EBM beku.!!

Macam tu la seterusnya.. aku rasa, stock aku tak pernah pun melebihi 200oz. Aku rasa stock aku paling banyak pon 30-35beg je..ms tu peti ais aku dah tak muat.. dan untuk tidak mencampurkan dengan stok ayam dan ikan, aku terpaksa tumpang di petiais rumah kakak aku (rumah kakak berdepan jer ngan umah aku).. masa bulan 6, lepas hakimi warded, aku decide aku nak bli deep freezer utk letak susu Hakimi sekaligus sebagai persediaan utk letak segala solid food Hakimi nanti...Alhamdulillah..

tapi deep freezer aku tak penah penuh pon ngan stock susu aku.. drawer yang kedua ja yang ada susu.. yang lain kosong.. sedih jugak aku masa ni.. terasa rugi pulak beli deep freezer... tapi, DF tetap banyak berjasa pada aku.. which is aku tak payah kuar masuk umah kakak aku pepagi buta.!!

Alhamdulillah. Suami aku pon pandai handle EBM.. bila aku tak larat sgt2, dia yang simpankan susu, dia yang masukkan dalam plastik utk bekukan.. alhamdulillah, Allah kurniakan suami yang sangat banyak membantu aku..

Dia pon tau gak, berapa lama nak simpan dalam chiller, berapa lama leh simpan dalam freezer 1 pintu, 2 pintu, dan juga dalam DF.. suami juga pandai handle utk panaskan semula EBM.. alhamdullillah, berkat aku educatekan dia awal2 dulu.!!.setiap pagi sebelum hantar ke babysitter, suami aku yang buat semua nih..and alhamdulillah he manage to do all that..!

Aku harap, sesape yang google n terjumpa cerita aku pasal penyimpanan susu ibu ni, jgn korang jadikan how to handle and store EBM ni sebagai satu masalah.. insyaAllah niat murni kita akan diredhai dan akan ada jer jalannya.. dont weri too much.. insyaAllah.. pokoknya, hendak seribu daya, sayang..!!!


**Aku takde gambar nak share.. sbb aku takut nak amik gambar EBM aku yg tak seberapa..nanti aku cuba utk kongsikan gambar2 disekitar my breastfeeding journey...

**Nanti aku akan sambung pula topik dugaan dan cabaran sewaktu aku menyusukan Hakimi

3 comments:

  1. Banyak bagi pengajaran kat aku... selama ni aku sedey sbb setiap kali aku pump dpt 2-3oz aje... kalo aku skip 1 session leh dpt dlm 6oz... tp as per your advice, aku cuba untuk pump constantly walau pun hasilnya setakat ini tetap sama... skrg aku tgh tunggu delivery of my milk booster-shaklee which aku order online as consulted by u dear... pray for me... aku harap aku boley jadi setabah hg utk bf my precious twin...

    ReplyDelete
  2. heheh. alhamdulillah.. wan aku sentiasa doakan hang.. aku tau semangat hanng mmg setinggi gunung.. dan aku rasa happy leh bantu hang.. apa yang kita harapkan adalah memberi sesuatu yang terbaik utk org yang kita sayang.. kan? hope ianya membantu...

    ReplyDelete
  3. Aku disebabkan tgk hang pump teruk siap kurang stock that why aku wat awal2.. Now stock dah 300 oz lebih..

    ReplyDelete