Pages

Wednesday, January 18, 2012

Small Vacation for Hakimi's Birthday Celebration - Full Story with Pics

Ye haa.. dah selesai sket keje, baru aku leh start menulis.. tu pon aku tak rasa aku dapat post entry ni by today.. mananya ngan gambar semua aku nk kena upload kemudian..

Citer aku hari ni berkisarkan small birthday vacation for celebrating Hakimi’s birthday...

Destinasi pilihan adalah Cameron Highland.. – aku ni mmg synonym ngan Cameron ni.. mmg best lah.. aku suka sbb dia sejuk, hijau, tenang, n sunyi.. and the best part is, aku suka makan kat sana... strawberry n sayur2 celup tepung dia mmg terbaik la..!

Aku gi tak lama pon, 2D1N jer pon.. gi hari sabtu 14Jan dan aku balik on 15Jan. Disebabkan suami aku kerja hari sabtu.. so, kul 2.15 baru kitorang gerak dr umah.. sampai di Tanah Rata kul 5.30..huhu..

Sampai tertido tggu papa balik keje..

Sebelum tu, dekat Lata Iskandar, aku berhenti kejap sbb nak bawak Hakimi tangkap gambar kat air terjun cantik tu..yang Hakimi ni teruja sampai tanak senyum.. tanak bergambar.. kalau letak dia kat bawah, dia nak masuk dalam air tu.. heheh. Anak mama mmg suka mandi..

baru bangun tido.. huhu. langsung tanak layan bergambar

tgk la.. sape yang beria nak bergmbar?

dah teruja nak berendam.. eee.. cejuk..

Percutian ni boleh dikira percutian budget la.. aku check-in pon kat Cameronian Inn jer.. RM85 jer. Hehe.. murah kan? Jadik la.. bukannya nak dok melepak dalam bilik.. anyway, bilik kat cameronian inn, tetap selesa... and aku suka environment luar hotel ni.. kat sini plak ramai backpackers, so ramai la awek2 n mat2 sallehh..

Cameronian Inn..

lepas wak masuk beg2 baju dalam bilik tu, kitorang terus menuju ke pasar malam.. pasar malam ni kat brinchang.. tak beli banyak pon sbb nak layan steamboat malam tu.. ehehe.. kat pasar malam, cuma beli cendawan goreng tepung, jagung bakar, and strawberry kering.. dan plannya nak beli cute hat kat hakimi.. letak jer kat kepala dia, dia bukak.. and halang dgn tangan dia tanak pakai topi.. huks.. pastu, dia terbekenan plak kat angry bird ni.. bila ketuk, angry bird ni bunyi (gelak).. hahahah.. dia suke, terus la aku belikan kat dia.. tapi.. bila masuk lam keter, dia campak nya angry bird ni kat kaki.. huks.. tadi betul2 nak sampai peluk2 and tak bagi nak letak dalam plastic..

Pasar Malam Brinchang

Ni la Angry Bird yg Hakimi suka tu..

lepas tu, kitorang terus balik ke Tanah Rata.. layan steamboat kat atas stesen bas.. aku tak ingat restoren tu nama apa.. restoren imeda kut kalau tak salah aku.. boleh lah.. banyak betul bahan dia.. konyang giler kitorang. Cuma sikit tak puas hati sbb sos dia kurang sedap,.. uwaaa..Hakimi plak layan nasik kat sini.. banyak dia makan...huk huk huk.. lapar la tu.. :-) Hakimi ni senang makan.. nasik kosong pon dia tak kisah..

Steamboat for 2..isk.. banyak sangat!

Layan!!!walaupun kurang sedap..

masa ni, suami aku (aku nak start tulis nama dia la – Idam) sakit kepala plaks.. huk.. ala, tak best la kalau dia sakit kepala..trus beli panadol actifast.. then balik bilik, mandi n kitorang kuar kat depan, melaram berfotogediks kat depan hotel jerk...

kat tempat lepak kat luar hotel

bertiga kat depan signboard hotel.

papa n hakimi - hakimi tgk bunge.. !isk.

Mama n Hakimi - suke gmbar ni.. credit to papa..!


DAY 2

Walau dah banyak kali aku gi Cameron Highland, aku tak pernah gi mana2 tea plantation... dok tgk dari kejauhan jer Bharat Tea Plantation tu.. kali ni, aku teringin nak gi Sg. Palas Tea Plantation. Ni pon hasil review aku kat internet... plan aku, pepagi, breakfast then, gi tea plantation, then, gi Kea Farm- sopping perabis duit apa yang patut.. then, terus pulang...

Pepagi lagi, aku siap2, then, kitorang breakfast kat hotel jer.. disebabkan Cameronian Inn ni glamer ngan fresh and homemade scone, aku nak gak try.. aku order satu set - ade 2 scone, and 2 cup of tea. Fuhh,, sedap betul scone kat sini.. siap lembut and moist kat dalam scone tu.. hehe.. makan sorang seketul jer.. cukup la.. satu set ni RM12.50.. okey la kan...?

waiting for our breakfast

one of the garden

our homemade scone

Sedappp!!!!

Lepas tu, berpandukan GPS Papago.. aku terus set nak ke Sg Palas Tea Plantation, jalan punya jalan.. smbil menikmati udara segar (Tak pasang aircond tau kat sana, bukak tingkap amik angin luar), terlepas la plak simpang masuk ke sg palas tu.. huhuhu.. punya la jauh sampai ke Tringkap, baru patah balik.. rupanya2 lepas sket dr Equotorial Hotel jer pon.. huhu.. (Nasib baik keter aku xberdentum masa ni.. dup dap dup dap jantung aku masa tu..)

Masuk jer jalan tu.. mmg jalan sangat mengerikan.. laluan jalan tu mmg di tepi2 cerun.. mulut aku ni asyik ucap, kalau tau jalan cenggini, mmg aku tanak pegi lah..!! makin lama makin jauh aku rasa, tapi still tak sampai2.. tapi laluan tu dah bau teh.. haha.. aroma daun teh mmg beshh!!!

uS!!

Mama teruja.. Hakimi tgk pokok tea..!

ladang tea!


Saujana mata memandang!!

Betapa susahnya nak suh pandang kamera
Sampai jer kat kawasan rumah2 pekerja tu, aku nak buang hajat kecik plak.. singgah di surau berdekatan.. lepas tu, aku ade borak ngan seorang makcik kat situ.. baik makcik ni.. lupe nak amik gambar ngan makcik.. dah 30tahun tau dia duk kat situ.. mesti bestkan.. lepas tu aku bergambar kat celah2 pokok tea kat situ.. heheh.. suke betul aku.. Hakimi macam biasa la.. sibuk nak tgk sana sini.. sampai nak amik gambar pon tanak pandang kamera.. duh..

Dari kejauhan, aku dah nampak tea shop kat depan sket dari situ.. wow.. ni macam dalam filem ombak rindu ni.. tmpt Hariz gaduh ngan Mila..hehe.. mmg terpanggil2 utk aku ke sana. Dalam hati risau jugak nak gi situ, nak minum.. takut mahal.. yerlah.. kata percutian budget kan...

Tapi kaki aku turut melangkah jugak ke sana, lepas parking, terjumpa plak seorang kawan sekolah aku kat sini..Nor Kamisah Bunawi... dia ni pon hardcore supporter for Breastfeeding Mom..!! teruja aku dapat jumpa dia kat sana..dapat jugak aku tgk anak dara dia yg dok dalam ringsling tu.. heheh.. cute beb..!!

We are Here
suh papa pose ala model. dia tanak..!

with my xschoolmate frenz.. Kamisah..

Di hujung.. mama gayat!

Kat sana, teruja lagi nak berfotogediks.. then, aku ingat nak gak try special tea kat situ.. dok kat situ, tetiba idam pon rasa lapar... dan aku pon gi la beli sumthing yang bleh kunyah2 sambil merasa udara sejuk dan pemandangan indah tu.. aku cuma order 1 pot tea and sandwiches. Its cost me RM10.40. okey la.. 1 pot tea tu bleh 2 org minum and sandwich tu pon ada 2 sets. Sedap bila makan sejuk2 gitu.. tapi tea dia aku suka.. idam kata sama jer pon.. hahaha..

tgk - suka betul tgk pemandangan

ramai tak org? kalau cuti sek lagi ramai..

Hakimi tgk pemandangan lagi..

kalau nak order, kena Q kat sini

time nak balik, bergambar lagi

best sgt kalau Hakimi nak tgk kamera

see, another pic dia tgk kamera

finally gelak pon anak mama ni..
BTW, kat atas tu la tmpt kitorang minum tu..

Hakimi tgk cartoon tu jer..

 
Lepas tu, kitorang teruss beredar dan bermulalah kerisauan aku nak lalu jalan yg ngeri tu..

Sampai kat Kea Farm, hah, apa lagi.. shopping time.. sampai sakit tgn aku.. aku mula gi beli kobis direct dr ladang yu.. heheh.. best.. uncle ni layan kitorang baekkk punya.. suka beli sayur dr uncle.. 4 bijik kobis cost me rm10...

Ladang uncle yg baik tu..
kat tepi tu ade bangunan yang dia wat utk homestay - rm150 per night

Hakimi..Kasut nike tu hadiah birthday from mama & papa..

Ini lah dia uncle yang baik...dan murah hati.. xceli kobis tu 3-rm10.. tapi dia bagi 4 :-)..thanks uncle

Pastu,kat situ, beli sayur la.. apa lagi kan..., aku bagi kat my mother in law, n cik mah, baby sitter hakimi.. beli strawberry.. wajib nih..!! then, aku beli madu. Setiap kali dtg cameron tak penah beli madu.. tapi kali ni aku beli gak.. sbb nak ada madu kat rumah(huk.. madu lebah k.. bukan "madu" lain)..bunga, aku tak layan sangat.. sbb aku rasa rugi, bila kering buang jer. Huks..kedekutkan aku...ye la...kata percutian budget kan.. hahahah...

**masa ni dah simpan kamera dalam poket.. hahah.. tak cukup tgn nak pegang camera

Lepas tu, dalam kul 1.15tghari kitorang terus jer meneruskan perjalanan balik KL.. hehe.. singgah makan nasik kat RnR Tapah kejap. Then, terus pulang.. sampai di KL arround 6.30pm..!!


Sempoi kan vacation nih.. tapi, aku rasa puas hati sbb dapat bawak Hakimi berjalan.. rasa macam terlaksana hajat aku...

hopefully, nanti bila hakimi dah besar, dia dapat tgk gmbar2 yang dia penah menjejaki cameron highland pada usia setahun!!








6 comments:

  1. salam perkenalan,
    mmg best kan bercuti kat cameron highlands.. kali terakhir ke sana tahun 2006... masa tu dapat sewa bilik RM65 jer... mmg budget habis :)

    ReplyDelete
  2. sempoinyer holiday..enjoy reading..

    ReplyDelete
  3. huhu.. kak nur.... sekarang ni dah susah nak dapat less than 100.. kalo weekday bleh kut kak.. hehhe.. percutian budget mmg best..!

    ReplyDelete
  4. hehe.. thanks dina.. mmg sempoi.. sonok bila jalan2 ngan anak..

    ReplyDelete
  5. singgah sini ^^...comelnya ur son ^^...tu la kan, lana pun suka sebab sana sejuk semulajadi, elok sampi atas je, lana bukak tingkap keta n jerit2 hahaha, sbb rasa sgt tenang ...

    nnt nk pi lagi, bawak mak n abah lak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks singgah sini lana.. hehhee...

      kann mmg sangat BEST kan???

      betul tempat best mmg harus direpeat!!!!nanti nak gi lagi.. nak cube natasya resort plak..

      Delete