Pages

Thursday, January 12, 2012

Warded at APSH : Final Diagnose : Gastritis ---- PART 1

Sebelum aku sambung cerita aku pasal my breastfeeding journey, aku nak citer dulu pengalaman aku masuk ward pepagi buta sbb sakit perut yang teramat sangat.

Hari Kamis lepas, aku request nak balik awal from office sbb aku nak pi service keter.. sampai kat TCEAS Chan Sow Lin, aku masih ok, aku minum milo n makan cookies crumb famous amous dengan jayanya..opps, sblm tu, pagi tu aku dah melantak bihun goreng.. aku tanak citer panjang di TCEAS.. dalam kul 5, keter aku siap diservis dan aku balik umah.

Sesampai dirumah, aku dah start rasa perut aku tak sedap dah then, aku ajak suami aku gi makan.. sbb aku budget perut aku ni angin jer la..tak de apa yang perlu dirisaukan.. aku makan kat Restoran Banana.. kat ampang.. aku makan nasik + sup daging + telur dadar.. lepas jer makan.. perut aku macam makin sakit... ha sudahh!!! Hati aku dah tak senang..

Suami aku offer aku gi klinik. Huhu.. tak menolak aku..sbb aku tak tahan sakit..! sesampai di klinik kita kampung pandan, doc kata, reflux. Dia bagi ubat angin, ubat tahan sakit, dan ubat sakit perut... balik rumah, aku terus makan ubat.. kul 10, suami aku gi keje, dan sakit aku sikit pun tak hilang.. aku cuba bertenang dan cuba tidur.. tapi, malangnya, sakit perut aku mmg menyebabkan mata aku tak leh pejam..

sampai la kul 12tghmalam, aku msg suami aku yang perut aku masih tak lega...dia pun bergegas balik dr tmpt keje, dan cuba urut2 badan aku, bagi aku makan ubat lagi sekali, dan rebuskan air halia utk aku makan.. tapi still... perut aku sikit pun takde perubahan..

hampir kul 2, suami aku ajak aku gi hospital, memula aku tolak, sbb aku fikir takde sape nak jaga hakimi.. kesian dia nak kejutkan tgh dia sedap2 diulit mimpi...tapi, bila perut aku makin lama makin sakit, aku setuju utk ke Hospital.. dengan bantuan abg ipar aku, abg hanif drive ke Ampang Puteri...

aku terus tuju ke emergency... selepas procedure registration, nurse2 kat emergency suh aku baring sebelum doc datang entertain aku.....

***BERSAMBUNG KE PART 2

No comments:

Post a Comment