Pages

Friday, February 10, 2012

Gegate..Kelopak Garam..Ludah Hantu??

Balik jer dari keje semalam, terjumpa MakTok kat parking area..Papa dah amik Hakimi dah..

Pastu, MakTok citer, anak ko tadi ita kena "ludah dek hantu"... isk.. terkujat aku. camana la penyakit kena ludah dek hantu ni.. dgn muka agak panic sket, aku terus tanya, "Jadi lagu mana cikmah???"

pastu, dia terangkan yang jadi membengkak n gatal2 satu badan.. start dari muka, leher sampai la ke kaki.. n bebird dia pun kena jugak.. huk..oooo.. KELOPAK GARAM....!!(org kedah panggil kelopak garam.. aku pon penah kena gak..buat panic jer hantu ludah...haha)...Dalam pikiran aku allergic ape2 ker anak aku nih.. ?? bila tanya, tghari makan apa, cikmah kata makan sayur lemak jer.. humm, tak mungkin sayur leh jadi allergic..

Hasil gugel. credit to Dr Hassan Medical

tapi, Alhamdulillah CikMat a.k.a TokWan a.k.a suami MakTok pandai ubatkan penyakit nih.. so, Hakimi dah lega dah.. hehe.. ramai org yang anak2 dia jadi gitu datang berubat ngan Cik Mat.. :-).. Sib baik.. Kalau aku, mmg bawak jumpa Doc Wong Yoke Peng dah.. hahah...

aku bergegas naik atas nak tgk keadaan anak aku... tapi Alhamdulillah, bengkak2 dia dah hilang.. tapi, lepas tu Idam masih letak bedak sejuk penuh kat badan Hakimi.. hehehe. putih melepak jadinya Hakimi.. heheh...




Belek badan dia yang penuh ngan bedak sejuk.


Masih boleh ketawa sedangkan mama dah risau dah!!

Bercapuk bedak sejuk papa letak..!!
Ya Allah, aku harap penyakit ni takkan berulang lagi.. Aminn....

*********************************************************

aku ade gugel sket pasal penyakit nih...check it out :-
Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

 
Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.


1 comment:

  1. akakk , akak tengok blog saya . akak rasa saya kena ludah hantu ke ??
    http://aneyzsamsudin.blogspot.com/2012/06/apakah.html

    ReplyDelete