Pages

Thursday, February 9, 2012

Hakimi Demam Lagi.. - 2nd time in 2012..

Dihujung minggu yang panjang... aku plan nak dapat kan rest secukupnya sbb lepas ni tak de lagi dah cuti panjang..


Naper cuti Panjang?? Hari Jumaat aku amik cuti sbb MakTok Hakimi ada appointment kat hospital. Pastu, di ikuti dengan Sabtu Ahad (Azalinya weekend), Isnin- cuti Maulidurrasul, Selasa – Cuti Thaipusam..
Hari Jumaat tu, aku temankan adik aku, Jueliza gi borong tudung dia.. dia pon terjebak dengan lilitan shawl.. huk.. so, gi la Jalan TAR dan meronda sekejap kat Sogo.. aku tak beli pa per pon.. sbb tahap kewangan aku sgt tergugat sekarang nih.. huhuhu... so, aku hanya jadi peneman.. ohh, Hakimi pon ikut serta ok.. and as always he behave very well!! Berjalan punya pasal.

Hari Sabtu, aku rest kat rumah, masak kek Pisang Kukus my feveret and aku enjoy masak bila hari2 cuti nih.. and kesihatan Hakimi masih ditahap maksima...Hari ni, gi settlekan bayaran2 yang perlu dijelaskan, gi cuci kereta, dan petang tu, Mak Mertua datang rumah..

Muka Bosan tgh tggu cuci keter

Tiba hari Ahad, aku bangun pagi, and terus sediakan sarapan.. and pagi tu aku teringin sangat nak makan nasik lemak.. so, aku dgn serta merta, masak nasik lemak.. hihi.. seronok dapat masak.. tapi, kurang seronok bila pegang jer badan Hakimi dan terasa panas luar biasa.. aduhaii.. Anak mama demam lagi....!!!!

Lepas bagi makan ubat, nmpk dia OK sket.. ptg, kitorang bergerak ke Majlis Kenduri Akikah officemate aku kat Labuhan Dagang. 19 tahun menunggu cahaya mata...Alhamdulillah, Allah kurniakan juga dikala usianya menginjak ke 49tahun dan isterinya 45tahun. Alhamdulillah... rezeki dari Allah..

Hakimi di Klinik Kita Desa Pandan

Malam tu Hakimi masih demam.. pagi Isnin, perkara pertama aku buat di pagi hari adalah mencari Klinik.nasib baik Klinik Kita tu bukak plak time public holiday cam ni... sbb kerisauan aku bertambah.. Badan Hakimi masih demam.. dah jelum , dah amik air penawar, dah bagi makan ubat pon tak lega jugak.. Badan masih panas, dan asyik merengekk jer.. nak mama jer.. papa pon dia tak layan sangat.. yang pasti nak berkapok ngan mama..

Hakimi Makan Ubat

Letih betul bila masak, basuh pinggan, basuh baju kena sambil berdukung.. tapi, kalau itu yang buat Hakimi rasa selesa, aku rela.. sangat rela.. memang menguji bila anak sakit dan hanya mahu berdukung.. diletak nangis macam kena tinggal..sedangkan masih berpeluk ngan mama.. bila badan panas, rengekan dia makin kuat.. dan makin kuat jugak lah hati mama berperang nak nangis sekali...

Kali ni, long wiken dihabiskan dengan jaga hakimi.. Alhamdlillah jugak sedang bercuti.. kalau keje, susah jugak nak mintak cuti bagai..

Hari Rabu, patutnya aku dah start keje. Tapi, bangun pagi jer, badan hakimi panas.. aku wat keptusan, aku nak EL jer hari ni utk jaga Hakimi.. lepas bagi makan n makan ubat, Hakimi menangis macam sakit.. aku heran kenape.. rupa2 nya, perut dia kembung.. aduhai.. sapu minyak pon tak hilang.. ubat kembung Hakimi ada kat umah MakTok.. aku bawak Hakimi turun kat umah MakTok.. Lepas bagi ubat tu, dah OK sket..

Tghari, aku hanya melepak dalam bilik without aircond and without fan.. pegang badan Hakimi, Alhamdulillah dah kebah. Peluh dah mula membasahi badan dan baju dia.. badan pon dah sejuk.., Alhamdulillah.. tapi hati masih tak senang sbb hari selasa pon, siangnya dia OK.. tapi bila start senja,badan dia dah panas semula...

Ketiduran atas perut mama.. berpeluh2 dah.!!
Tghari tu, dia tido atas perut aku.. huhu. Lenguh nya Allah yang tahu.. tapi, aku tetap stick ngan position tu sampaii la Hakimi sendiri yang tukar position..

Malam hari, aku masak nasik, dan suapkan hakimi nasik with sup.. Nampak dia lebih berselera makan.. ha, satu lagi, hakimi ni mmg pemakan orgnya.. tapi, bila dia tak sihat, dia tutup mulut dan akan geleng2 kan kepala bila nak disuapkan makan....bila dia lebih berselera, maknanya dia makin sihat..Alhamdulillah...

4 hari Hakimi demam.. dan aku rasa aku dah lakukan yang terbaik sebagai seorang mama.. menjaga anak yang demam, yang tak sihat mmg satu ujian Allah utk kita.. tapi, ingatlah, banyak pahala utk itu....Bila dia sihat, aku senyum dan puas hati dapat jaga Hakimi dengan penuh rasa keibuan.. dan melihat wajahnya yang ceria, adalah penawar utk hati seorang ibu..

Izni Aisy Hakimi, Mama sayang Hakimi sangat2... semoga Allah terus memberikan kesihatan kepada Hakimi... Amin...

Budak sihat dah start lasak.. feveret place is bawah meja.

No comments:

Post a Comment