Pages

Tuesday, March 20, 2012

ye la.. ye laa.. I'm a BAD MOTHER to Hakimi..!!

Sedih kadang2 mengenangkan anak aku, Hakimi yang asyik tak sihat.. asal batuk jer, mesti warded...asal demam jer, warded..!!

Ada yang cuba nyalahkan baby sitter.. tapi, bagi aku, babysitter Hakimi terbaik buat masa ni.. tukar baby sitter takde dalam kamus aku buat masa nih.. Babysitter hakimi (MakTok) mmg jaga Hakimi sorang je.. kalau tukar babysitter means aku kena antar anak aku ke TASKA..which is lagi ramai budak dan lagi mudah dapat sakit.. no no no.. its not a good idea to me....!

secondly, ramai jugak yang sms, yang comment kat FB n give suggestion suh bagi supplement itu ini...aku admit banyak supplement yang aku bleh bagi kat Hakimi.. aku admit kebaikan setiap supplement yang dicadangkan.. mmg sangat admit.!!. tapi, aku ni bukannya gaji 7-8 ribu mudah2 jer nak beli supplement yang harga 200++.. serius aku cakap, aku bukan sekaya tu & bukan semewah itu..., aku kena berkira2 eventho aku nak hidup nak habiskan sebulan life aku dengan balance gaji yang tinggal tak seberapa ni... aku nak beli baju baru pun aku fikir banyak kali.. and at last, aku tak beli.. tudung, aku suka tudung ariani.. tapi, bila nak beli tudung yg gaya macam tu mahal, aku tukar pakai selendang yang aku leh dapat sehelai rm4.!! ada org tau ker kesusahan hidup aku...????

Ada jugak beberapa org cuba mnyatakan "takpe la berhabis sedikit utk anak..!!" korang tau tak, 2mggu sebelum gaji, ape juadah dinner aku?? ape aku lunch kat opis masa tu?? tau tak, lagi 2 mggu sebelum tu, aku terpaksa ikat perut makan nasik berlaukkan telur jer.. tau tak?? tau tak, kat opis, aku beli roti gardenia 70Sen jer sebagai lunch aku..!! penah org tau?? aku penah pegi kedai semata2 beli cereal hakimi jer, sebab takder lauk lain.. aku n suami makan telur, aku tak kisah.. aku tak gamak suapkan anak aku nasik berlaukkan telur.!!

maaf kepada sesiapa yang ingat aku loaded sangat.. aku banyak duit sangat.. korang tak tau realiti kehidupan aku...hidup aku skarang ni, tak salin baju pon takpe..x makan sedap pun takpe.. aku sediakan hanya utk anak..! janji anak aku cukup makan, pakai.. utk kesihatan anak aku, aku usaha stakat termampu..!!! aku mmg tak mampu nak beli supplement utk dia kalau supplement tu harga 200++ sebotol.. aku tak mampu..!

Hakimi sakit, aku anggap ujian Allah ke atas aku ni..bila hakimi sakit, aku tak putus berdoa.. smayang sunat hajat minta Allah sembuhkan anak aku.. mmg aku mengaku, aku sering alpa...! Allah nak ingatkan aku..!

Serius aku cakap, Hakimi mmg anak yang baik.. dari kecik dia tak susahkan aku.. tak penah nangis tengah malam.. satu2 ujian Allah kat aku sebagai MAMA hakimi adalah dengan bagi anak tak sihat.. aku redha, aku terima walau dalam pahit ujian yang nak menentukan tahap sabar aku sebagai IBU.!

kalau la korang nak kata, aku ni BAD MOTHER kat HAKIMI, kata la...

kepada kengkawan yang prihatin kat kesihatan anak aku Izni Aisy Hakimi, dan kengkawan yang sentiasa doakan kesihatan Hakimi, aku ucapkan jutaan terima kasih..!

** panjang entry aku.. i'm feeling so down.. am I a bad mother??

5 comments:

  1. hanya kita tahu apa yg kita dh cuba buat utk anak2. mungkin tak cukup bagus pd org lain, tp itulah yg kita mampu. abaikan kata2 org

    seme apa yg blaku adalah ketentuan Allah. kita mungkin takde duit utk memberikan yg terbaik utk anak2. namun kita ade 1 kelebihan yg takde pd org lain iaitu doa seorang ibu. marilah sama2 kita amalkan solat tahajud + solat hajat utk ksejahteraan keluarga kita. ingatan utk saya juga sbb sy pn liat sgt nk amalkan ni aduhai

    ReplyDelete
  2. Ieta, kami masuk blog hampa ni, ingat nak tengok pasal kuwe sedap hampa tu :-) Tengok ada entri lama yang tak baca lagi.. Sori laa, tak perasan bila hampa update. Apapun, kuatkan semangat hampa.. orang tak boleh nilai kasih sayang kita dengan RM200 tu. Jumlah tu mungkin kecik untuk sesetengah orang, tapi besar untuk orang yang lain. Kita nak sayang anak kita waktu sekarang dan akan datang, jadi banyak pertimbangan nak kena buat. Setakat mana kita boleh kawal kesihatan dia, kita akan buat yang terbaik dan berdoa. Dan kami harap, dalam kesesakan kewangan tu, ita dapat selit2 sikit untuk simpanan duit tau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syuq. thanks syuq sbb memahami..

      ita buat "kuwe sedap" ni pon for the sake of Hakimi.. mmg syuq, kadang2 mmg tak terkejar jugak.. tambah2 ada plak emergency yang tetiba memerlukan bantuan kewangan..

      humm, anyway, meh la order kuwe kami ni... :-)..sedappp ooooOOooo..hehehe

      Delete