Pages

Thursday, February 23, 2012

Aku dan tudung lilit @ shawl...!!


Hasil lilitan tudung 4 segi sama..!!
sekarang aku tgh pakai ni..
first time try!!



tudung shawl kain jojet.. mmg my feveret!


tdung ni aku tatau kain apa.. tapi, yang ada pelekat2 tu..
aku suka pakai yang ni utk formal.. contohnya, ngan baju kurung or pakai gi opis.


yang ni pon tatau nama kain..
disebabkan bercorak, aku suka pakai ngan baju plain..!!
ni masa try pesen lilit yang jatuh kat bawah dagu tu..


yang ni kain licin.. susah kit nak lelet.. huhu..
kena betul2 kejap baru rasa selesa...!
yang ni pon aku suka pakai utk gi jalan2.. ske pakai ngan t-shirt




Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, February 22, 2012

Review Drama Korea - 49 Days....

sebelum aku start keje, aku saje nak tulis sedikit review pasal drama korea 49Days..

cerita nya adalah berkisarkan pure love.!!!

Ji Hyun ni, mmg sgt pure dalam bersahabat.. which dia pon rasa kawan2 dia pon macam tu.. so dia ada 3 org sahabat baik since sekolah..

100% Pure friendship

aku ringkaskan okey.. then Ji Hyun ni terlibat dalam satu kemalangan yang disebabkan seorang perempuan nak bunuh diri..tapi, xceli kematian Ji Hyun ni belum lagi sampai masanya la kan.. so.. the "Scheduler" (macam malaikat la scheduler ni.. dead person yang volunteer nak jadi scheduler - which is the scheduler pon ada misi tersendiri.) haha..sounds like mengarut kan??? Scheduler ni bagi Ji Hyun 49hari utk roh Ji Hyun hidup dan mencari 100% pureness love. The scheduler only need 3 drops of 100% pureness tears... tak termasuk yang ada blood tie.!


The Scheduler - Jamilah kata ensem..huk huk huk

so, dengan yakin, Ji Hyun akan memperoleh more than 3 tears.. tapi dia salah.. even nak dapat collect 1 pon sangat susah...masa ni, perjalanan hidup roh Ji Hyun dengan menggunakan body Song Yi Kyung.!!!.. so, Yi Kyung ni dah jadi 2 character..banyak citer tragic masa ni.. dan ada jugak part kelakar dari scheduler.. dan ada jugak part yang sangat sedih pasal scheduler...masa ni banyak persoalan yang terungkai, dan Ji Hyun jadi lebih matang dr masa dia hidup..!


Yi Kyung & Ji Hyun

then, lastly, part aku plg happy sekali masa dia dapat collect the 3 tears... dan dia boleh meneruskan hidup dia.. tapi, the scheduler bagitau, bila 49days ended, dia sepatutnya tak ingat apa yang dah berlaku sepanjang 49Days tu.. tapi, dia masih ingat!!!!!! and you know what..??? dia juga ditakdirkan mati 5 hari selepas dia hidup semula(sedar dr koma)..!.. mmg sedihhh sangat..!!!

banyak rahsia, banyak connection dalam cerita ni..


Han Kang - yang ni ensem bagi aku..!!

antara benda yang tak disangka pada awalnya
sesaper yang berminat ngan drama korea, tengok la citer nih.. BEST!!!

Monday, February 20, 2012

Korean Drama :: 49 Days

Sekarang ni aku tengah layan drama ni..


weekend tu hari, aku dah habiskan 14 episode.. tinggal lagi 6 episode to go..!!!! Nanti aku akan share serba sedikit review pasal this drama.. so far, bagi aku, drama ni mmg TERBAIK!

Barisan Pelakon utama  49 Days!


Heroin 49 Days...!! chomeyy kan dia..!!

Friday, February 17, 2012

Breastfeeding : My Journey :: Cabaran dan Dugaan

Tetiba hari ni datang mood nak sambung story pasal BF.. sambungan dari kisah BERMULA DENGAN SATU IMPIAN dan HANDLING AND STORING...

Spectra 3 yang banyak berjasa.!!
Aku percaya yang setiap ibu menyusu mesti ada pengalaman permasalahan dalam menyusukan bayi mereka.. betul kan?? Mungkin jenis permasalahan tu tak sama... aku cuma nak kongsi permasalahan yang aku hadapi masa menyusukan hakimi...

Dari awal kan aku mmg berniat nak susu kan Hakimi, so, aku mmg beria la sket.. masa di hospital, aku dah start BF Hakimi.. masa ni, nurse dtg ajar camana cara yang betul.. bila picit2 mmg ada susu kuar, tapi, susahnya Hakimi nak latch on kat cik N.. nurse cakap cik N dah cantik dah, cumanya mulut Hakimi sangat kecik masa tu.. tak muat plak Cik N nak masuk mulut comey dia...hihik.s..

Satu lagi masalahnya, masa ni Hakimi lagi excited nak tido.. so, dia tanak nyusu sangat.. aku ingat baiknye la anak aku ni.. tanak nyusahkan mama dia.. hahah.. ternyata aku salah.. Doc ariza datang dan dia suruh kejutkan baby, sbb kalau baby tanak nyusu banyak, kebarangkalian dia nak kena Jaundice tinggi.. lepas tu, baru la aku beria nak nyusukan dia..tapi, kena jugak sikit jaundice.. tapi, aku tanak Hakimi warded.. so, aku tetap berkeras nak bawak Hakimi balik..

Kat rumah, aku tetap meneruskan usaha menyusukan Hakimi dengan sangat jitu.. mmg semangat aku membuak2.. lagipon, aku mmg tak beli susu formula.. so, aku harus bekerja keras utk terus menyusukan Hakimi... setiap 2 jam, aku nyusukan dia.. Ya Allah, sakit nya pinggang, dengan keadaan aku yang masih lemah, aku rasa saaaangat la tak larat.. sakit pinggang ni terus bawak ke sakit ditengah tulang belakang.. .. CikYah yang urut aku tu kata, mmg kalau menyusu akan sakit bahagian belakang badan,... Aku jadi lega sikit..

Masalah lagi satu adalah bila Cik N aku luka.. masya Allah.. aku tak leh nak gambarkan perit nya ketika tu.. bila sampai time nak bagi susu, aku mmg menangis.. sambil menahan sakit.. aku tetap susukan Hakimi.. dan ubat yg paling berkesan sekali utk nipple crack ni adalah susu ibu sendiri.. so, sapukan susu ibu tu kalau korang hadapi masalah ni..

Bila seminggu camtu, Jaundice Hakimi masih tak hilang, aku lebihkan masa menyusu ke sejam sekali.. dan aku start bagi botol susu kat hakimi.. sbb aku nak pastikan dia minum banyak.. !!.. tapi, aku jugak terSILAP lagi sekali.. lepas tu, Hakimi reject Direct Feed.. AllahuAkbar... setiap kali aku nak DF dia dia nangis, macam tak tahan lapar.. sampai kesian, bagi jugak botol.. lama kelamaan, aku rasa tak leh jadi ni, aku tau boleh jadi EP Mom.. tapi aku tanak sbb aku nak bonding antara aku dan Hakimi lebih kuat dengan DF.. Kalau aku jadi EP Mom, aku tak boleh pandang mata dia semasa DF.. dan aku terpaksa bawak beg Ice, stock susu, warmer bila nak gi jalan, which is sangat menyusahkan aku rasa.

Selain tu, antara masalah lain adalah, bila aku lepas pantang, aku dah start kuar dr umah.. masa gi umah MIL, dan setiap kali hakimi nangis, dia kata Hakimi tak cukup susu.. “Ko kena bagi susu Tin jugak ni”.. mmg aku tak leh terima.. tapi aku hanya diam.. siap marah2 sbb aku tanak bagi Susu Formula... “ko tu nak keje.. nanti camana pon ko kena bagi jugak anak ko susu tin.. nanti ko gi beli kat kedai depan tu” mmg perit hati aku bila dengar dia cakap gitu.. tapi, takpe.. aku take as cabaran dalam dunia BF aku...

Semangat aku nak wat stock mmg ada.. tapi, bila aku pam masa aku masih dalam pantang, hasil nya, 1oz – 2oz jer paling banyak.. Ya Allah.. naper la susu aku sikit sangat ni.. cukup ker aku nak bagi kat Hakimi ni.. masa cuti maternity tu, aku hanya dapat hasilkan 8-10botol jer stock aku.which is 1 botol hanya ada paling banyak 4oz.. see, sangat sikitkan.. sedih bila aku tgk hasil susu aku masa tu..lepas tu, macam2 aku wat.. makan banyak, minum anmum lacta, air longan kering.. macam2 la org kata petua banyakkan susu, semua aku tibai.. nak termuntah aku makan lobak putih tu.. tapi, hasil nya memberangsangkan jugak la...


Tempat aku pam di opis.. di satu sudut di dalam surau

Bila start aku masuk keje, stock susu yang patut bawak turun kat MakTok adalah 16oz.. 4 botol...masa ni lagi aku rasa down sangat2.. sampai la last2 habis la stock susu aku tu.. stock yang aku wak balik from opis plak paling banyak aku leh dapat 12oz.. aku pam hari ni utk kegunaan esok.. mmg semangat jer yang aku ada dalam usaha aku nak Exclusive BF hakimi.. dan Alhamdulillah, tempoh 6 bulan aku berjaya Exclusivekan BF hakimi..

Masa tu, aku hanya wat stock dengan hasil perahan pada hari jumaat.. alhamdulillah.. walaupon tak lah banyak mana, tapi, cukup lah untuk keperluan Hakimi... mmg aku tak penah amik gambar hasil susu aku masa tu.. sbbnya, aku malu.. aku malu sbb hasil susu aku tak sebanyak org lain..dalam Upright Freezer aku tu, cuma satu drawer jer yang berisi EBM.yang lelain kosong..!! Tapi, bila aku tunjuk stock aku kat MIL n SIL, diorang kata “eeeEE,, banyaknya susu”... hati aku berbunga riang.. sbb aku dapat buktikan susu aku cukup utk keperluan Hakimi tanpa Susu Formula..

Oh.. ada lagi permasalahan aku.. bila dah sedap DF, dia reject botol plak.. sedih plak aku tgk bila dia tanak minum dari puting botol susu.. macam tak suka... dah banyak jugak la botol aku beli.. botol yang hakimi guna Tommie Tippee n Avent.. bila dia tanak tu, 2,2 pon dia tanak.. sampai time nak minum, kena tipu2.. DF dulu, pastu cabut masuk botol.. mula2 penipuan ni berjaya, lama2 dia dah makin cerdik, masuk jer botol nangis..nak DF jer.. botol MAM pon aku beli.. botol ape lagi ntah aku beli jugak.. hasilnya sama... dia tetap REJECT.. last2, ntah camana dia bleh minum jer dr avent n tommie tippee tu... buang duit ja beli yang lain.. haisshh..

Masuk 9-10 bulan, Hakimi dah tanak botol susu.. bila panaskan EBM, dia tanak.. banyak jugak susu yang terbuang gitu saja sbb dia tak minum... Panaskan susu jer, dia dah start merangkak masuk bawah meja la.. tanak betul dia.. aku ingat dia tanak EBM.. tapi, bila letak air masak pon dia tanak jugak.. bila cuba sumbat jugak puting botol dalam mulut dia, dia buat muka nak termuntah..! and SIPPY CUP pon dia reject,, duh..!!

Hasil dikala usia hakimi Setahun

Masalah ni sampaiii la sekarang.. dia tanak, what shud i do??... sekarang, dia sanggup tunggu aku balik keje utk DF.. mmg siang hari, MakTok suapkan makan nasik n minum air kosong jer.. bila aku balik keje, bukak pintu n bagi salam jer, terus die meluru dapatkan aku dan tak sabar2 nak DF.. sekarang dah pandai cakap sket.. “mek!!” (sambil pandang cik B) ,.. “Nanak” pon dah pandai sebut..!!.. setiap kali balik keje, aku tak sampai hati nak wat keje lain kat umah, mmg aku DF kan dia dulu sebelum aku wat benda lain...sian anak mama..!!!

Kepada sesape yang pakar,(macam la ada pakar yang baca blog aku ni), or yang ada pengalaman, cukup ker khasiat susu yang badan Hakimi terima kalau dia hanya minum susu pada malam hari????.. .. sekarang usia Hakimi 13 bulan...!!!!Aku risau...!!!

Permasalahan yang sebelum ni, alhamdulillah, semua aku atasi dengan semangat aku... hanya SEMANGAT jer yang menjayakan misi penyusuan aku ni.. ada lagi lebih kurang 10 bulan utk aku melengkapkan penyusuan kepada Hakimi. Semoga hasrat aku untuk menyusukan Hakimi selama 2 tahun berjaya..

Kengkawan, pray for me ok.. dan kepada yang berhasrat utk menyusukan anak dengan susu ibu.. ingatlah bahawa mesti ada masalah, dugaan dan cabaran yang harus kita tempuh.. dan jangan sesekali kecundang dengan dugaan tersebut.. teruskan berjuang dengan semangat juang yang tinggi dan jitu...!!!


Ni lah stock sekarang.. yang hakimi dah tanak minum..!!

InsyaAllah niat murni kita akan dipermudahkan oleh NYA..





















Thursday, February 16, 2012

My heart is feeling EMPTY!! so sad!

Hari ni hari kedua aku rasa KOSONG..EMPTY..!!!



seriusly mmg rasa tak seronok ada rasa camni... tertanya-tanya.. terfikir-fikir kenape? humm, ntah la... bila fikir banyak2 rasa macam tanak fikir. and nak buat LANTAK PI.. tapi, tatau la sampai tahap mana aku boleh buat seolah2 tiada perasaan dihati ini..

terkilan..... :-(

Wednesday, February 15, 2012

Aku di Klinik Gigi Cheras Baru..

Lately, bila aku minum air sejuk jer, aku sakit gigi.. rasa ngilu.. hmm, aku ingat gigi sensitif.. pastu, lama2, bila time aku kumur pon aku sakit gigi.. ohh, ini sudah kes berat nih.. so, aku pon, check sendiri.. amik jarum cucuk2 kat tempat sakit tu.. ooh, rupa2 nya ada lubang..tapi kecik jer pon...

then, aku decide nak gi tampal la.. aku ni kedekut so that, aku gi jer Klinik Pergigian Cheras Baru.. boleh jer gi private,, tapi, aku tanak kuar duit dulu.. sbb aku ingat guna duit dulu baru leh claim kat opis.. huhu.. so, melangut jugak la aku kat Klinik tu pepagi Isnin bebaru nih...

Kaunter Klinik.

No aku..!

Tgk no aku, 1014, no sekarang 1013, jgn silap tau.. procedure kat sini, amik no then no tu call, dia suh gi bayar RM 1 dulu.. so, no 1014 tu adalah no bayaran.. mmg la cepat....

aku gi kul 8.30am, kul 9.50am baru settle.mmg la tak lama sangat...tapi, aku tak dapat tampal ponnn!!!.. doc just bagi appointment.. aduhai.. appointment plak 15/3/2012.. aduhai.. sebulan lagi tu..sadiss.. nanti aku tetap akan rasa sakit bila minum n kumur..! :-(.. aku mintak Time Slip terus gerak gi opis..

bila sampai opis, akak admin cakap, naper tak gi panel jer??,..aku cakap, tanak dulukan duit.. huhu.. pastu dia cakap, tak payah.. gi yang panel just tunjuk card.. then rawatan tak yah bayar selagi tak capai amount yang opis bagi...

oooooOOooooOoo.. ye ke.???. haha.. aku baru tau.. huhu.. so, hari sabtu ni, aku nak gi private clinic yang panel aku.. ada satu yang dekat ngan aku kat Tmn Segar.. leh check gigi Hakimi skali kan??

Ada sesapa yang ada pengalaman check gigi anak yang berumur setahun tak?? Bleh share???

Kuih Lopes - My First Trial...!

Ni kisahnya breakfast hari Sabtu minggu lepas... nape aku rajin?? hahah. sbb tetiba nak rajin.. dan tetiba teruja bila baca blog Lamunan Hati by AthiraJamil ni... aku jadi teringin nak buat plak.. mengenangkan beras pulut masih tersimpan rapi dalam peti ais umah aku tu...

sebelum aku tunjuk step2, ni la hasil akhir kuih lopes hasil air tangan aku... ye haa.. aku mmg bangga dapat wat kuih nih.. heheh.. bangga sebab pe tau.. sebab sedap... dan puas makan.. Idam pon kata sedap.. cheee waahh.. uhuks...masuk liff tekan naik sendiri kan..??.. biasa la.. org yang jarang2 sekali masak ni, mmg gini...hahahhaa..

Kuih Lopes ni sebelum hantar ke MakTok Hakimi..

Memula masak pulut macam masak nasik.. dah masak, start balut ngn daun pisang.


ni lah dia, hasil balutan aku.. hahah.. berderettt ja..
Ngan 4 pot beras pulut, aku berjaya hasilkan 13 bungkus lopes ni.. kecik2 ja ekceli.. aku ni bukan reti nak wat besar2 gedabak..
Dah masuk dalam periuk kukuk
Disebabkan pepagi sangatlah kalut.. dengan idam nak gi keje, sbb takut dia tak sempat makan, aku balut pulut2 ni pada malam hari nya.. pastu, aku sumbat masuk peti ais dengan steamer2 ni skali... ni lah stemer tupperware yang kecik cinonet nih..

tgh mengukus..
Masa ni aku berdebar takut tak jadi.....uhuhu.. aku ni mmg gini.. kalau nak wat apa2, mesti nak kena jadi.. kalau tak jadi, mula la aku rasa tak mau buat dah.. huhhuhu...

ni lah rupanya setelah masak..
Rupa ada, rasa ada, cuma lembik sket.. tapi, aku suka dah lembik2 ni.. melt in my mouth.. hahah... cover sebenarnya.. tapi, bengang gak bila lembik.. sbb susah nak potong dia..

"Nyok" Setelah dikukus.
Ni satu lagi yang menguji kesabaran aku pepagi buta.. mana tak nya, org kedai tu mesib sekali ngan tempurung2 nyok tu.. issshhh.. habis nyok aku jadi kaler cekelat..!! geram.. aku plak lupa pesan kat idam masa dia pi beli tu....

Air gula plak, aku just cairkan gula melaka jer. tu yang nampak cair sket.. tapi, siyes gula melaka tu sedapp.. sib baik tak salah beli.......

Alhamdulillah.. jadi jugak kuih lopes aku ni.. thanks AthiraJamil.... :-)

Friday, February 10, 2012

Lepak Sensorang di Anjung Tinjau,KLIA

Lunch lama hari ni...yer la..Jumaat kan...so, aku dtg jer la MTB sensowang.. Memember yg lain xde plak kat opis...


Selesai urusan personal aku, aku decide nk lepak jer kat MTB.


Beli burger sebijik,terus mai dok sensowang kat Anjung Tinjau ni...


Bosan jugak... Tapi better gak dok sini dr dok kat opis..sejuk sgt..


Mood skarang adalah terasa sangat2 sunyi...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Gegate..Kelopak Garam..Ludah Hantu??

Balik jer dari keje semalam, terjumpa MakTok kat parking area..Papa dah amik Hakimi dah..

Pastu, MakTok citer, anak ko tadi ita kena "ludah dek hantu"... isk.. terkujat aku. camana la penyakit kena ludah dek hantu ni.. dgn muka agak panic sket, aku terus tanya, "Jadi lagu mana cikmah???"

pastu, dia terangkan yang jadi membengkak n gatal2 satu badan.. start dari muka, leher sampai la ke kaki.. n bebird dia pun kena jugak.. huk..oooo.. KELOPAK GARAM....!!(org kedah panggil kelopak garam.. aku pon penah kena gak..buat panic jer hantu ludah...haha)...Dalam pikiran aku allergic ape2 ker anak aku nih.. ?? bila tanya, tghari makan apa, cikmah kata makan sayur lemak jer.. humm, tak mungkin sayur leh jadi allergic..

Hasil gugel. credit to Dr Hassan Medical

tapi, Alhamdulillah CikMat a.k.a TokWan a.k.a suami MakTok pandai ubatkan penyakit nih.. so, Hakimi dah lega dah.. hehe.. ramai org yang anak2 dia jadi gitu datang berubat ngan Cik Mat.. :-).. Sib baik.. Kalau aku, mmg bawak jumpa Doc Wong Yoke Peng dah.. hahah...

aku bergegas naik atas nak tgk keadaan anak aku... tapi Alhamdulillah, bengkak2 dia dah hilang.. tapi, lepas tu Idam masih letak bedak sejuk penuh kat badan Hakimi.. hehehe. putih melepak jadinya Hakimi.. heheh...




Belek badan dia yang penuh ngan bedak sejuk.


Masih boleh ketawa sedangkan mama dah risau dah!!

Bercapuk bedak sejuk papa letak..!!
Ya Allah, aku harap penyakit ni takkan berulang lagi.. Aminn....

*********************************************************

aku ade gugel sket pasal penyakit nih...check it out :-
Pernahkah anda mengalami gatal-gatal kulit dengan tiba-tiba atau pun selepas makan makanan laut atau alahan makanan? Kulit anda juga akan bengkak dan menaik dan kemerah merahan. Kadang-kadang kulit anda juga akan menjadi gatal dan sakit. Mungkin rakan-rakan anda akan memngatakan itu adalah gegata.

Dalam istilah perubatan, keadaan ini dipanggil urticaria.

Kebiasaannya keadaan ini akan pulih sendiri apabila punca alahan ini dijauhi atau dielakkan. Ia juga boleh dirawat dengan antihistamine.

 
Pada asasnya, ia boleh dibahagikan sebagai akut dan kronik.
1) Akut = kurang daripada 6 minggu.
2) Kronik = tempoh minimum 6 minggu dan keatas

Punca utamanya boleh disebabkan oleh alahan dan bukan alahan. Dan bahan kimia disebalik kejadian ini adalah histamine yang dihasilkan oleh badan kita. Bahan ini akan menyebabkan salur darah mengembang dan pembengkakan tisu disekeliling tempat tersebut. Bahan ini juga yang akan menyebabkan kegatalan.

Simptom-simptom
1) Kulit membengkak, merah, pelbagai saiz dan bentuk.
2) Gatal dan kadang-kadang sakit.
3) Dermatographism. Kulit akan membengkak jika digaru.
4) Biasanya bengkak akan surut dalam masa 24 jam, tetapi akan berlaku pada bahagian badan yang lain.

Punca-punca atau penyebab
1) Makanan
2) Ubat
3) Sentuhan kepada allergen
4)Sengatan
5) Bisa binatang
6) Radiocontrast
7) Jangkitan
8) Sejuk
9) Tekanan pada bahagian badan
10) Cahaya matahari

Rawatan
1) Elakkan agen alahan tersebut. Jika anda alah pada sebarang makanan, jauhi makanan tersebut. Jika alah pada sejuk, getah, rantai daripada emas atau perak, elakkan daripada memakai barangan tersebut.

2) Antihistamine seperti piriton, cetirizine, loratadine ataupun steroid seperti prednisolone.

Maklumat diatas adalah sebagai panduan. Anda haruslah berjumpa dengan doktor anda untuk mengesahkan diagnosis dan memberikan ubat yang sesuai. Sekian.


Thursday, February 9, 2012

Hakimi Gunting Rambut..


Lama dah aku tak gunting rambut hakimi.. aku ni teringin nak anak aku rambut cam ni.. Mushroom Haircut.. memandangkan rambut dia yang lebat, dan mmg menjunam ke bawah, aku rasa boleh jadi ni rambut hakimi kalau nak wat style mushroom ni.. cute kan, konon macam anak omputih.. walaupun tak berapa putih..

Tapi disebabkan rentetan Hakimi ni asyik demam jer, ramai dah yang bising suh potong rambut hakimi.. semalam, papa pon gunting la rambut hakimi.. memula mmg behave,.. tapi bila dah miang, dah start tanak duduk diam.. ehhehe.. macam2 bagi suh main.. siap asam keping pon amik bagi jugak.. senyap la dalam 5 minit...:-)

Ni beberapa hari sebelum gunting rambut

ni dalam process.. pakai sarung bantal sbb tanak bagi dia miang

dah start tanak duk diam


Siapp..!!


Ada beza tak??

Hakimi Demam Lagi.. - 2nd time in 2012..

Dihujung minggu yang panjang... aku plan nak dapat kan rest secukupnya sbb lepas ni tak de lagi dah cuti panjang..


Naper cuti Panjang?? Hari Jumaat aku amik cuti sbb MakTok Hakimi ada appointment kat hospital. Pastu, di ikuti dengan Sabtu Ahad (Azalinya weekend), Isnin- cuti Maulidurrasul, Selasa – Cuti Thaipusam..
Hari Jumaat tu, aku temankan adik aku, Jueliza gi borong tudung dia.. dia pon terjebak dengan lilitan shawl.. huk.. so, gi la Jalan TAR dan meronda sekejap kat Sogo.. aku tak beli pa per pon.. sbb tahap kewangan aku sgt tergugat sekarang nih.. huhuhu... so, aku hanya jadi peneman.. ohh, Hakimi pon ikut serta ok.. and as always he behave very well!! Berjalan punya pasal.

Hari Sabtu, aku rest kat rumah, masak kek Pisang Kukus my feveret and aku enjoy masak bila hari2 cuti nih.. and kesihatan Hakimi masih ditahap maksima...Hari ni, gi settlekan bayaran2 yang perlu dijelaskan, gi cuci kereta, dan petang tu, Mak Mertua datang rumah..

Muka Bosan tgh tggu cuci keter

Tiba hari Ahad, aku bangun pagi, and terus sediakan sarapan.. and pagi tu aku teringin sangat nak makan nasik lemak.. so, aku dgn serta merta, masak nasik lemak.. hihi.. seronok dapat masak.. tapi, kurang seronok bila pegang jer badan Hakimi dan terasa panas luar biasa.. aduhaii.. Anak mama demam lagi....!!!!

Lepas bagi makan ubat, nmpk dia OK sket.. ptg, kitorang bergerak ke Majlis Kenduri Akikah officemate aku kat Labuhan Dagang. 19 tahun menunggu cahaya mata...Alhamdulillah, Allah kurniakan juga dikala usianya menginjak ke 49tahun dan isterinya 45tahun. Alhamdulillah... rezeki dari Allah..

Hakimi di Klinik Kita Desa Pandan

Malam tu Hakimi masih demam.. pagi Isnin, perkara pertama aku buat di pagi hari adalah mencari Klinik.nasib baik Klinik Kita tu bukak plak time public holiday cam ni... sbb kerisauan aku bertambah.. Badan Hakimi masih demam.. dah jelum , dah amik air penawar, dah bagi makan ubat pon tak lega jugak.. Badan masih panas, dan asyik merengekk jer.. nak mama jer.. papa pon dia tak layan sangat.. yang pasti nak berkapok ngan mama..

Hakimi Makan Ubat

Letih betul bila masak, basuh pinggan, basuh baju kena sambil berdukung.. tapi, kalau itu yang buat Hakimi rasa selesa, aku rela.. sangat rela.. memang menguji bila anak sakit dan hanya mahu berdukung.. diletak nangis macam kena tinggal..sedangkan masih berpeluk ngan mama.. bila badan panas, rengekan dia makin kuat.. dan makin kuat jugak lah hati mama berperang nak nangis sekali...

Kali ni, long wiken dihabiskan dengan jaga hakimi.. Alhamdlillah jugak sedang bercuti.. kalau keje, susah jugak nak mintak cuti bagai..

Hari Rabu, patutnya aku dah start keje. Tapi, bangun pagi jer, badan hakimi panas.. aku wat keptusan, aku nak EL jer hari ni utk jaga Hakimi.. lepas bagi makan n makan ubat, Hakimi menangis macam sakit.. aku heran kenape.. rupa2 nya, perut dia kembung.. aduhai.. sapu minyak pon tak hilang.. ubat kembung Hakimi ada kat umah MakTok.. aku bawak Hakimi turun kat umah MakTok.. Lepas bagi ubat tu, dah OK sket..

Tghari, aku hanya melepak dalam bilik without aircond and without fan.. pegang badan Hakimi, Alhamdulillah dah kebah. Peluh dah mula membasahi badan dan baju dia.. badan pon dah sejuk.., Alhamdulillah.. tapi hati masih tak senang sbb hari selasa pon, siangnya dia OK.. tapi bila start senja,badan dia dah panas semula...

Ketiduran atas perut mama.. berpeluh2 dah.!!
Tghari tu, dia tido atas perut aku.. huhu. Lenguh nya Allah yang tahu.. tapi, aku tetap stick ngan position tu sampaii la Hakimi sendiri yang tukar position..

Malam hari, aku masak nasik, dan suapkan hakimi nasik with sup.. Nampak dia lebih berselera makan.. ha, satu lagi, hakimi ni mmg pemakan orgnya.. tapi, bila dia tak sihat, dia tutup mulut dan akan geleng2 kan kepala bila nak disuapkan makan....bila dia lebih berselera, maknanya dia makin sihat..Alhamdulillah...

4 hari Hakimi demam.. dan aku rasa aku dah lakukan yang terbaik sebagai seorang mama.. menjaga anak yang demam, yang tak sihat mmg satu ujian Allah utk kita.. tapi, ingatlah, banyak pahala utk itu....Bila dia sihat, aku senyum dan puas hati dapat jaga Hakimi dengan penuh rasa keibuan.. dan melihat wajahnya yang ceria, adalah penawar utk hati seorang ibu..

Izni Aisy Hakimi, Mama sayang Hakimi sangat2... semoga Allah terus memberikan kesihatan kepada Hakimi... Amin...

Budak sihat dah start lasak.. feveret place is bawah meja.