Pages

Friday, June 22, 2012

Dejavu di Kinabalu...

setelah sekian lama aku tak hapdet blog, tetiba hari ni tangan ku terlebih rajin plak mencorat kat sini.. dan tetiba plak citer pasal Dejavu di Kinabalu..

Aku ni mmg suka ngan Kinabalu.. ada cerita pasal kinabalu, aku pun terus tertarik nak tengok.. haha.. harap2 ada lah kene mengena.. hahahha.. tgk diorang daki Kinabalu, hati aku tertarik nak merealisasikan impian aku nak daki Kinabalu gak.. adakan aku mampu menjejakkan kaki di Puncak Kinabalu?

berbalik kepada cerita tadi. dah 3 episode aku tengok citer ni.. so far, jalan citer ni sangat menarik bagi aku.. lakonan Akasya sangat mantapp.. aku suke. hehhe.. tetiba tersuke akasya yang romantik dalam bersahaja...haha.. yang Nazim plak yang bawak watak Bazli memang lah sangat tersentuh hati dan naruni seorang perempuan dengan care dia yang sangat menggunung.. lakonan Tiz pon boleh tahan.. Rebecca plak pandai plak bawak wataz yang jeleskan adik dia tu.. hish.. geram plak aku kat Rebecca yang bawak watak Kakak kepada Nadira(Tiz)


Sinopsis
Mengisahkan kehidupan Nadira selepas pemindahan jantung, tanpa disedari dia juga menerima sebahagian sifat-sifat penderma tersebut. Takdir menemukan Nadira dengan Ammar, teman lelaki kepada penderma jantung tersebut. Pertemuan pertama di KLIA antara Ammar yang baru pulang dari Australia dengan Nadira yang hendak bercuti ke Kundasang, Sabah telah membawa seribu satu kisah

Kaki Nadira tercedera ketika bergegas untuk bertemu dengan kawannya, Yuzra. Nadira telah jatuh di hadapan Ammar. Ammar terpaksa membantu Nadira membeli kasut baru dan membalut kakinya. Ketika bersama dengan Nadira, wujud satu perasaan yang sukar dijelaskan dalam hati Ammar kerana perwatakan Nadira yang mirip kepada arwah tunangnya, Inara, Ammar dan Nadira berada dalam pesawat yang sama menuju ke Kundasang Sabah. Ammar pulang ke Malaysia untuk membantu sahabat baiknya, Zahir, seorang pemilik syarikat perekaan dalaman yang akan mengendalikan sebuah projek di Sabah. Ammar sendiri tidak pasti apakah kepulangannya dengan satu jiwa baru ataupun Inara masih kuat bertakhta di hatinya. Kundasang Sabah seindah kisah cinta Ammar dengan Inara, di situ berseminya cinta mereka dan di situ juga bersemadinya tubuh seorang gadis yang amat dicintainya. Cinta itu terlalu indah buat Ammar dan tidak semudah itu Inara dapat dibuang dari hatinya.

Yang pasti pertemuan antara Ammar dan Nadira membawa satu perasaan dejavu yang luar biasa. Ammar tidak pernah mahu mencintai sesiapa walaupun Inara sudah meninggal dunia pada 3 tahun lalu. Bagi Ammar, cinta buat Inara adalah pertama dan terakhir. Ammar dan Nadira bertemu sekali lagi di Kudansang apabila Nadira yang asyik mengambil gambar terjatuh dalam gaung. Mereka berdua gagal naik ke atas kerana hari sudah lewat petang dan terpaksa bermalam di situ.

Selepas pulang ke Kuala Lumpur, Nadira dan Ammar berjumpa sekali lagi. Mereka akan bekerjasama atas projek pengubahsuaian Hotel Vila milik keluarga Bazli iaitu tunang kepada Nadira. Nadira dan Ammar selalu berjumpa atas urusan kerja. Mereka cepat mesra kerana mempunyai banyak persamaan dalam perbincangan untuk projek tersebut. Ammar gagal mengawal perasaan dan telah meluahkan isi hatinya kepada Nadira. Kakak Nadira, Uzra yang sangat menyukai Ammar telah mengetahui kaitan arwah tunang Ammar dengan adiknya tetapi dia memilih untuk tidak memberitahu sesiapa

Benarkah cinta Ammar untuk Nadira atau sebenarnya hanya untuk Inara? Apakah kesudahan bagi cinta tiga segi antara Ammar, Nadira dan Bazli?

Friday, June 8, 2012

Bukit Bendera Pulau Pinang....

Since aku nak attend kenduri kahwen kawan aku kat Nibong Tebal, aku terus plan nak balik kampung..



then, lepas kenduri kawen, terbit pula idea aku ni which is Jom gi Bukit Bendera... tet tet tet tet tet.. set GPS,, and GOOOOoooo..

so.. jom layankan gambar2 yerk..


Nek Jambatan...

Taraa.. dah sampai..

Hakimi n Mama

teruja dalam tren laju...

with papa

with mama plak.(ape tah yang hakimi tgk tu..)

papa n hakimi

mama plak..

my two hero.. love both of you forever..

we are here.. BUkit Bendera

tgk apa hakimi..siap tepuk tangan..

haa.. ni dia.. ada pertunjukan ular...

owl museum.. tak masuk pon.. MAHAL.. rm20/pax

ngan mama plak kat sini

walk hakimi walk

dlam tren nak balik dah

ngeri,, dah la kena berdiri

see.. how excited anak mama ni..

mana ntah gambar bertiga ni.. bila time nak guna tak jumpe plak..

kat atas Bukit Bendera ni tak de ape pon.. cuma nak merasa naik jer.. alhamdulillah.. sampai jua akhirnya.. nextt destinationn...!!